Harian Metro

MINTA BANTUAN SELIMUT

200 gebar akan diserahkan kepada pelajar di pusat pengajian Islam sekitar Kem Kutupalong, kawasan berdekatan

-

Selepas selesai memberi latihan kepada pelarian di kem Hakim Para, misi kemanusiaa­n Muslim Care Malaysia (Muslim Care) masuk ke fasa kedua semalam.

Sebanyak 200 selimut akan diserahkan kepada pelajar di pusat pengajian Islam di sekitar Kem Kutupalong dan kawasan berdekatan dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan tempatan.

Timbalan Presiden Muslim Care, Mohd Johari Ismail berkata, ia diputuskan dalam perbincang­an semalam sebaik delegasi dari Malaysia tiba dari Dhaka.

Katanya, inisiatif itu juga diambil atas permintaan NGO tempatan yang meminta bantuan selimut untuk digunakan pelajar madrasah di sini.

“Ia sebagai program susulan Muslim Care di sini selepas kita selesai melatih bidan kampung beberapa hari lalu.

“Kita dapati memang ada keperluan untuk membantu saudara kita. Selain itu, kita juga akan melawat pelarian bersama anak yang baru dilahirkan untuk memberikan bantuan susulan,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan boleh berbuat demikian menerusi nombor akaun 5644904138­82 (Maybank), 1401401014­7470 (Bank Islam) atau 1401000765­4717 (Bank Muamalat).

Sementara itu, sukarelawa­n Muslim Care, Abdul Hadi Ismail berkata, kunjungan kali pertama ke penempatan pelarian memberikan perspektif berbeza daripada apa yang pernah dibaca menerusi media sebelum ini. Katanya, ia memberikan rasa syukur dan insaf dengan penderitaa­n dialami pelarian yang mengharapk­an bantuan antarabang­sa semata-mata.

“Saya berterima kasih kepada Muslim Care atas kesempatan ini dan berharap ia dapat dijadikan pedoman untuk kerja-kerja kemanusiaa­n selepas ini,” katanya.

Misi kemanusiaa­n

Muslim Care masuk ke fasa kedua

semalam

 ??  ?? MOHD Johari (kanan) berbincang bersama NGO tempatan di Cox’s Bazar Bangladesh.
MOHD Johari (kanan) berbincang bersama NGO tempatan di Cox’s Bazar Bangladesh.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia