Harian Metro

DBKL nafi berlaku kekecohan peniaga Uptown Danau Kota

-

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan berlaku kekecohan dengan peniaga di tapak Bazar Larut Malam (Uptown) Danau Kota, Setapak, malam kelmarin.

Ini berikutan video rakaman ‘kekecohan’ akibat rasa tidak puas hati peniaga itu tular di media sosial.

Pengarah Jabatan Perancanga­n Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata, kejadian itu berlaku kerana segelintir peniaga tidak berpuas hati dengan keputusan pemindahan ke tapak baharu di Bazaria Wangsa Maju.

Menurutnya, pemindahan ke tapak baharu itu diputuskan selepas 345 daripada 500 peniaga bersetuju dengan arahan berkenaan.

Katanya, kawalan dilakukan DBKL pula hanya membabitka­n tapak yang sudah dikosongka­n peniaga bagi mengelak diceroboh pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Perhimpuna­n yang tular di media sosial sejak malam tadi (kelmarin) itu sebenarnya hanya dilakukan segelintir peniaga yang masih tidak berpuas hati untuk berpindah.

“Malah, tidak timbul isu DBKL menyekat laluan di situ, sebaliknya kawalan hanya membabitka­n kawasan tapak gerai yang sudah dikosongka­n bagi mengelak ia diceroboh,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.

Khairul Azmir berkata, kawalan di tapak yang sudah dikosongka­n itu dilakukan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, pemindahan ke tapak baharu dibuat kerana dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti surau, tandas awam, tempat letak kereta serta motosikal secara percuma dan lebih tersusun.

“Selain itu, kadar sewa di tapak baharu jauh lebih rendah iaitu antara RM212.70 hingga

Tidak timbul isu DBKL menyekat laluan di situ, sebaliknya kawalan hanya membabitka­n kawasan tapak gerai yang sudah dikosongka­n bagi mengelak ia diceroboh”

Khairul Azmir Ahmad

RM225.20 sebulan dengan kadar lesen RM108 setahun berbanding di Uptown Danau Kota.

“Tidak timbul isu bahawa DBKL cuba menindas peniaga seperti berita yang tular di media sosial itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Rajab Ahad Ismail berkata, perhimpuna­n bermula jam 7 malam hingga jam 9 malam berjalan dengan baik tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Katanya, peniaga mengadakan bantahan selepas mendakwa laluan masuk ke Uptown Danau Kota disekat oleh DBKL.

“Perhimpuna­n itu turut dipantau anggota polis. Mereka bersurai selepas dua jam dan memulakan perniagaan masing-masing,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia