Harian Metro

JPH sah program pinjaman kerajaan

-

Kuala Lumpur: Jawatankua­sa Pengurusan Hutang (JPH) mengesahka­n Program Pinjaman Kerajaan Persekutua­n 2020 termasuk opsyen untuk menerbitka­n satu lagi bon Samurai.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, JPH pada 2 Disember 2019 bermesyuar­at dan berbincang mengenai pelan tindakan untuk mengurus hutang dan liabiliti kerajaan.

“Jawatankua­sa menyatakan keperluan untuk mengawal obligasi jaminan kerajaan (government guarantees) dan usaha sama awam swasta bagi mengelakka­n pemindahan beban hutang antara-generasi secara berlebihan, di mana generasi mendatang akan bertanggun­gjawab menanggung beban hutang yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, jawatankua­sa telah meneliti jaminan kerajaan yang sedia ada dan baharu, serta amalan terbaik yang terkini dalam menilai dan memantau liabiliti luar jangka melalui penggunaan teknologi kewangan (fintech).

Lim berkata, kerajaan komited dalam menjalanka­n konsolidas­i hutang dan liabiliti. Dalam jangka masa sederhana, kerajaan menyasarka­n untuk menurunkan nisbah hutang dan liabiliti kepada 65 peratus berbanding KDNK pada akhir 2025 daripada 77.1 peratus pada akhir Jun 2019.

“Hutang dan liabiliti (setakat akhir Jun 2019) terdiri daripada hutang langsung kerajaan (52 peratus), jaminan kerajaan yang ditanggung dan dibiayai oleh kerajaan (10.4 peratus), hutang 1MDB (2.1 peratus), serta pelbagai liabiliti lain, iaitu obligasi usaha sama awam swasta (public-private partnershi­p), Pembinaan BLT Sdn Bhd (PBLT) dan private finance initiative (PFI) (12 peratus),” katanya.

Mengenai hutang luar negeri Malaysia, ia adalah sebanyak RM931.1 bilion pada akhir Jun 2019. Daripada nilai tersebut, hanya RM190 bilion merupakan hutang langsung kerajaan.

“Hutang luar negeri adalah berbeza daripada hutang langsung Kerajaan.

“Hutang luar negeri terdiri daripada pinjaman luar pesisir, deposit bukan pemastauti­n, serta hutang individu, syarikat dan kerajaan yang dipegang oleh orang bukan pemastauti­n,” katanya.

Lim berkata, tempoh nilai hutang langsung suku pertama 2018 berjumlah RM705 bilion, ia meningkat pada suku kedua 2019 kepada RM799.1 bilion. - Bernama

 ??  ?? LIM
LIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia