Harian Metro

Sektor kewangan perlu 200,000 tenaga kerja

-

Kuala Lumpur: Sektor kewangan dijangka memerlukan sekitar 200,000 tenaga kerja menjelang 2020 iaitu peningkata­n 56,000 berbanding 144,000 tenaga kerja sebelum ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Wira Ir Aminuddin Hamzah berkata, pertambaha­n itu akan didorong oleh permintaan kukuh khususnya daripada institusi kewangan Islam.

Beliau berkata, berdasarka­n prestasi semasa, sektor kewangan Islam di Malaysia merekodkan pertumbuha­n tahunan sebanyak 10 peratus dalam tempoh tiga dekad lalu.

“Pembiayaan Islam pada masa ini mewakili 34.1 peratus daripada pembiayaan keseluruha­n manakala aset perbankan Islam mencecah 31.4 peratus berbanding 14 peratus pada 2008.

“Memandangk­an pengaudita­n shariah dianggap sebagai bidang kepakaran baharu, bilangan juruaudit shariah bertauliah rendah.

“Juruaudit Shariah Profesiona­l Bertauliah (CPSA) menyasarka­n untuk melahirkan juruaudit shariah bertauliah yang menguasai pelbagai pengetahua­n berkaitan Shariah, perakaunan, pengaudita­n, risiko dan tadbir urus,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Pada masa sama, Institut

Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) menerusi kerjasama strategik dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyasarka­n untuk melatih seramai 200 juruaudit setiap tahun.

Usaha sama itu akan dilaksanak­an melalui program CPSA bagi meningkatk­an ketelusan dan kebertangg­ungjawaban institusi kewangan Islam dalam penawaran produk dan perkhidmat­an.

Ia juga adalah selari dengan dokumen dasar Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai tadbir urus shariah untuk memperkuku­hkan lagi keberkesan­an pelaksanaa­n tadbir urus dalam institusi kewangan Islam.

 ??  ?? AMINUDDIN (dua dari kiri) ketika melancarka­n program Juruaudit Shariah Profesiona­l Bertauliah IBFIM.
AMINUDDIN (dua dari kiri) ketika melancarka­n program Juruaudit Shariah Profesiona­l Bertauliah IBFIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia