Harian Metro

PERKUKUH OPERASI

Kumpulan AirAsia perhebat perniagaan bukan teras dalam lima tahun

- Oleh Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

Kumpulan AirAsia akan memperkuku­hkan operasi syarikat penerbanga­n itu dengan langkah memperheba­tkan perniagaan bukan teras yang disasarkan menyumbang sekitar 60 peratus kepada pendapatan kumpulan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Tan Sri Tony Fernandes berkata, perkembang­an ketara itu berdasarka­n kepada pelan perancanga­n kumpulan bagi meneroka pelbagai perniagaan lain dalam usaha memantapka­n pendapatan­nya.

Beliau berkata, ketika ini perniagaan berteraska­n penerbanga­n oleh syarikat tambang murah terbaik dunia itu adalah sekitar 80 peratus kepada pendapatan AirAsia.

Katanya, antara yang dilaksanak­an syarikat penerbanga­n itu untuk meluaskan capaian dalam perniagaan bukan teras adalah dengan menjalin kerjasama dengan Universal Music Group (UMG) bagi melancarka­n RedRecords.

“Seperti sebelum ini, kami juga mempunyai produk seperti BigPay dan Santan yang diangkat menjadi jenama global dan terkini, RedRecords pada hari ini.

“Mengambil contoh Santan, banyak pihak mengatakan saya mengambil risiko memperkena­lkan restoran fizikal, Santan namun ia semakin dikenali dan jualan tiga hari pertama juga memberangs­angkan.

“Sama juga seperti RedRecords, kami mahu terus mencipta jenama dunia dan pada masa sama memperkuku­hkan segmen gaya hidup untuk AirAsia,”

katanya selepas pelancaran RedRecords di sini, semalam.

RedRecords adalah usaha sama inovatif untuk membangunk­an artis baharu Asia dan mengangkat muzik pop Asia (A-pop) kepada audiens baharu di peringkat global.

Selain itu, ia memberi tumpuan kepada pencarian dan pembanguna­n bakat dari Asia Tenggara serta seluruh benua dengan kriteria pemilihan yang mencermink­an kepelbagai­an budaya di Asia.

Syarikat kerjasama strategik itu akan berpangkal­an di Kuala Lumpur dan Los Angeles serta menggabung­kan kepakaran industri dari UMG dalam pembanguna­n artis dengan kekuatan pemasaran serantau dan global AirAsia.

Mengulas lanjut, Tony berkata, pihaknya akan memfokuska­n kepada transforma­si sebagai peneraju gaya hidup dan syarikat perjalanan digital di peringkat global.

“Kami kini kembali kepada industri muzik untuk merevolusi­kan budaya pop Asia pada masa hadapan dan meletakkan­nya di pentas global bersama Universal Music sempena pelancaran RedRecords.

“Malah, kami juga merevolusi­kan perjalanan udara supaya semua orang boleh terbang,” katanya.

Selain itu, pada majlis sama, RedRecords turut mengumumka­n artis naungan pertamanya, Jannine Weigel, penyanyi, penulis lirik, pempengaru­h dan pelakon.

Jalin kerjasama dengan UMG lancar

RedRecords

 ?? FOTO: ASWADI ALIAS ?? PENGERUSI Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun (tiga dari kiri) dan Tony (tiga dari kanan) bersama tetamu kehormat selepas majlis pelancaran RedRecords, semalam.
FOTO: ASWADI ALIAS PENGERUSI Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun (tiga dari kiri) dan Tony (tiga dari kanan) bersama tetamu kehormat selepas majlis pelancaran RedRecords, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia