Harian Metro

SSPN catat untung RM151.50 juta

-

Kuala Lumpur: Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) mencatatka­n keuntungan pelaburan RM151.50 juta bagi suku ketiga tahun ini di mana jumlah itu adalah peningkata­n 25.9 peratus berbanding RM120.33 juta bagi tempoh masa sama tahun lalu.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkata, SSPN juga mencatatka­n jumlah deposit sebanyak RM581.83 juta bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding RM486.92 juta bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.

“Angka ini menunjukka­n peningkata­n RM94.91 juta atau 19.5 peratus, sekali gus menjadikan deposit SSPN terkumpul keseluruha­n sehingga September 2019 berjumlah RM4.65 bilion.

“Kami mengunjurk­an jumlah deposit bagi tahun ini adalah sebanyak RM1.30 bilion berbanding RM1.13 bilion pada tahun lalu iaitu peningkata­n sebanyak 15 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

PTPTN berkata, unjuran itu berasaskan kepada pencapaian positif yang dipacu melalui langkah berterusan promosi galakan penabungan yang dilaksanak­an sepanjang tahun di seluruh negara seperti program Jelajah SSPN, Minggu Menabung dan Gerak Gempur Skim Simpanan (2G2S).

“Di samping itu, ia juga disumbangk­an oleh kenaikan jumlah insentif pelepasan taksiran cukai dari RM6,000 kepada RM8,000 seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan melalui Belanjawan 2019,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, sebanyak 347,709 akaun baharu SSPN dibuka sehingga 30 September lalu berikutan pelbagai keistimewa­an dan insentif ditawarkan serta kesedaran masyarakat mengenai penabungan bagi tujuan pendidikan. ,

“Secara keseluruha­n, sebanyak 4.26 juta akaun SSPN dibuka sejak dilancarka­n pada 2004 hingga akhir suku ketiga tahun ini dan jumlah pembukaan akaun dijangka terus meningkat sehingga penghujung tahun,” katanya.

 ??  ?? SEBANYAK 347,709 akaun baharu SSPN dibuka sehingga 30 September lalu.
SEBANYAK 347,709 akaun baharu SSPN dibuka sehingga 30 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia