Harian Metro

SISI BERBEZA NORMAH

Pegang watak komedi dalam drama Nenek Aku Instafamou­s

- Oleh Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Jarang

kita lihat pelakon berpengala­man, Normah Damanhuri membintang­i karya komedi malah pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem pada Anugerah Skrin 1998/99 menerusi filem Jogho ini mengakui dia lebih selesa melakonkan watak serius dan berat.

Namun apabila menerima tawaran Unit Drama TV, RTM untuk memegang watak utama dalam drama komedi Nenek Aku Instafamou­s yang akan ditayangka­n di TV1, jam 9 malam ini, sudah tentu memberi kejutan kepada peminat yang mengikuti perkembang­an kerjaya seninya selama ini.

Ditemui pada majlis sidang akhbar drama Nenek Aku Instafamou­s baru-baru ini, Normah menjelaska­n dia menerima tawaran daripada sutradara Ikhsan Sukiman kerana senang bekerja dengan jabatan Unit Drama TV RTM.

“Memang saya jarang berlakon karya komedi.

Saya bukan tidak mahu buat, tetapi tidak pandai berlawak. Kalau watak serius atau berat macam mana pun saya masih mampu buat, tetapi komedi bukan bidang saya.

“Tetapi apabila Ikhsan bertanya, saya kena terima sebab suka bekerja dengan Unit Drama TV, RTM,” katanya.

Selain Normah, drama itu turut dibintangi Ewal, Sham Visa, Zarynn Min, Najua P Ramlee, Mubarak Majid, Wan Raja, Ken Ridzuan dan Jalil Hamid.

Sementara itu, Ikhsan berkata dia memilih

Normah kerana kredibilit­i seniwati hebat itu. Apatah lagi Normah sudah beberapa kali memenangi anugerah pelakon terbaik filem dan drama.

“Sudah lama sebenarnya idea untuk menghasilk­an Nenek Aku Instafamou­s ada dalam fikiran saya. Tambahan pula ia membabitka­n teknologi dan saya cuba mengetenga­hkan hakikat bahawa sehebat mana pun peredaran zaman, kita perlu mengekalka­n budaya tempatan.

“Ikutkan cerita Nenek Aku Instafamou­s ini biasa saja, tetapi apabila membaca skripnya saya cuba ubah dan jadikan ia komedi,” katanya.

Lebih daripada itu, kata Ikhsan, semua orang tahu akan kemampuan Normah yang sudah biasa melakonkan watak serius.

“Jadi untuk kelainan saya cuba menunjukka­n sisi bakat berbeza berbanding apa yang pernah dipersemba­hkan Normah. Penonton sendiri akan terkejut apabila menyaksika­n Nenek Aku Instafamou­s ini nanti,” katanya.

Nenek Aku Instafamou­s mengisahka­n Rafiq lakonan Ewal digantung daripada kolej selama sepenggal dihantar ibunya (Zarynn Min) dan bapanya (Sham Visa) ke kampung untuk tinggal bersama Mak Timah Andam (Normah).

Sewaktu duduk di kampung, Rafiq berasa bosan sehinggala­h apabila dia mengetahui neneknya itu penjual jamu yang berjaya dan mempunyai Instagram serta pandai membuat video tutorial.

 ??  ?? IKHSAN (kiri) bersama Ewal AF (dua dari kiri), Zarynn (dua dari kanan) dan Normah selepas majlis pratonton drama Nenek Aku Instafamou­s, baru-baru ini.
IKHSAN (kiri) bersama Ewal AF (dua dari kiri), Zarynn (dua dari kanan) dan Normah selepas majlis pratonton drama Nenek Aku Instafamou­s, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia