Harian Metro

‘MEMANG BERAT HATI INI...’

Keputusan Neelofa tinggalkan program MeleTOP demi perkembang­an karier

- Oleh Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Mengumumka­n untuk mengundurk­an diri daripada program MeleTOP yang cukup sinonim dengan dirinya adalah kejutan besar buat penonton setia program bual bicara infotainme­nt popular disiarkan Astro Ria itu.

Ibaratnya MeleTOP adalah Neelofa dan juga pasanganny­a

Nabil Ahmad, begitu sebaliknya. Tahun hadapan wajah Neelofa atau Lofa akan digantikan dengan pengacara baharu yang identitiny­a masih dirahsiaka­n oleh pihak produksi rancangan terbabit.

Ramai tersentuh hati apabila melihat Lofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menitiskan air mata sewaktu mengumumka­n pengundura­nnya menerusi program MeleTOP yang disiarkan secara langsung Selasa lalu.

Situasi itu jelas dilihat bahawa bukan mudah Lofa untuk memutuskan mahu meninggalk­an MeleTOP. Apatah lagi dia sudah lapan tahun mengendali­kan program itu bersama Nabil dan muncul dalam 370 episod.

Keserasian sebagai rakan pengacara bersama Nabil juga sangat sebati sehinggaka­n mereka akui menjadi akrab dan bersahabat kerana MeleTOP.

Kalau sudah begitu situasinya mengapa Lofa tetap mahu meninggalk­an program hiburan itu sebagai pengacara? Adakah kontraknya sudah tidak disambung dan dipaksa untuk meninggalk­an program itu oleh pihak produksi mahupun pengurusan Astro sendiri?

Ditemui pada majlis sidang akhbar diatur selepas pengumuman dibuat, Neelofa berkata, keputusann­ya itu tidak ada unsur paksaan sebaliknya ia hasil perbincang­an bersama.

“Memang saya berat hati meninggalk­an program MeleTOP, tetapi perlu melakukann­ya demi perkembang­an karier, memandangk­an pada tahun hadapan saya akan mengendali­kan satu program baharu.

“Tidak banyak yang saya boleh kongsikan mengenai program itu nanti. Tetapi apa boleh dikatakan ia sebuah program premium apabila

Saya tidak mahu berada dalam zon selesa dan ingin meneroka lebih banyak perkara membabitka­n bidang pengacaraa­n ini

saya akan tampil bersama mereka yang sangat ‘prominent’ dalam bidang masing-masing.

“Memang kalau hendak difikirkan saya boleh saja mengendali­kan program terbabit dan pada waktu sama mengacarak­an MeleTOP. Tetapi dari sudut penjenamaa­n rancangan bakal diterbitka­n dan disiarkan itu nanti, ia akan dilihat tidak selari dan bercanggah. Saya faham perkara itu,” katanya.

Lofa menegaskan dalam hidup, dia sedar manusia tidak akan memperoleh semua yang dimahukan. Ada perkara pengorbana­n perlu dilakukan.

“Ini sebahagian pengorbana­n yang perlu dilalui. Benar saya sedih kerana perlu meninggalk­an MeleTOP, tetapi untuk perkembang­an kerjaya saya perlu mengucapka­n selamat tinggal.

“Saya tidak mahu berada dalam zon selesa dan ingin meneroka lebih banyak perkara membabitka­n bidang pengacaraa­n ini. Jadi, kerana itu saya menerima tawaran Astro untuk mengacarak­an program itu nanti,” katanya.

Katanya, dia sering membayangk­an situasi akan meninggalk­an MeleTOP dan tidak sangka apabila hari dibayangka­n itu tiba, dia menjadi sangat hiba kerana program itu begitu sentimenta­l bagi dirinya.

Lebih daripada itu, kata Neelofa, dia mempunyai beberapa perancanga­n besar membabitka­n kerjaya seni menyebabka­n dia memilih memberikan tumpuan kepada satu program televisyen saja buat masa terdekat.

“Saya mahu melebarkan bakat dan jenama di Indonesia.

Ini adalah percubaan pertama saya dan kini perancanga­n ke arah itu sedang giat dilaksanak­an.

“Saya tidak melihat pembabitan sebagai pengacara di sana, tetapi lebih kepada lakonan.

Saya mahu menyertai industri filem di negara seberang. Doakan supaya apa yang saya usahakan tahun hadapan akan terlaksana,” katanya.

NEELOFA

 ?? FOTO
ASYRAF HAMZAH ??
FOTO ASYRAF HAMZAH
 ??  ?? NEELOFA serasi bersama Nabil.
NEELOFA serasi bersama Nabil.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia