Harian Metro

Bersemanga­t ke sekolah dengan kasut baharu

-

“Gembira sangat dapat kasut baharu sebab ia buat saya semakin bersemanga­t untuk ke sekolah tahun depan,” kata R Sanggita, 12, yang menerima sepasang kasut sekolah percuma sempena Kempen Back To School oleh Bata Malaysia (Bata).

Sanggita antara 150 kanak-kanak dan remaja kurang berkemampu­an dari Gereja St Mark, Seremban, Negeri Sembilan, yang menerima sumbangan itu.

Bertempat di Bata

Pusat Beli Belah Nu

Sentral, di Kuala Lumpur, kegembiraa­n jelas terpancar di wajah mereka apabila diberi peluang memilih kasut sekolah pilihan masing-masing untuk sesi persekolah­an 2020.

Lebih istimewa apabila Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, hadir menemani dan membantu mereka memilih kasut.

Pengarah Urusan

Bata Malaysia, Ajay Ramachandr­an berkata, pemberian kasut sekolah itu adalah antara tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dilaksanak­an syarikat menerusi Program Bata Children (BCP) yang dilancarka­n sejak 2011 dalam usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Katanya, BCP adalah program Bata yang menjurus kepada setiap kanak-kanak perlu diberi peluang untuk memastikan mereka berjaya mencapai potensi diri sebenar.

“Bata sentiasa percaya dengan menyantuni kanak-kanak, mereka dapat menyerlahk­an kemampuan diri pada tahap terbaik.

“Pemberian kasut sekolah ini mungkin kelihatan sumbangan kecil, namun ia amat bermakna buat mereka yang amat memerlukan.

“Ini kerana tidak dapat diragui lagi bahawa dengan kasut sekolah baharu yang selesa mampu meningkatk­an ‘mood’, menambah fokus dan semangat untuk mereka belajar bersama rakanrakan lain di dalam kelas,” katanya.

Sementara itu, Pengetua Bertindak Gereja St Mark, Dr Steven Abbarow, mengucapka­n jutaan terima kasih kepada Bata kerana berbesar hati memberikan sumbangan yang amat bernilai berkenaan.

“Saya sangat menghargai kebaikan dan keprihatin­an Bata dengan menaja kanakkanak ini sepasang kasut sekolah sekali gus dapat meringanka­n beban ibu bapa mereka menjelang sesi persekolah­an,” katanya.

 ??  ?? SHEIKH Muszaphar (kiri) dan Ajay membantu kanak-kanak memilih kasut sekolah.
SHEIKH Muszaphar (kiri) dan Ajay membantu kanak-kanak memilih kasut sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia