Harian Metro

TIDAK KECEWA

Bale tak minta tinggalkan Real

- Reuters

Gareth Bale (gambar) tidak berasa kecewa dengan kehidupan di Real Madrid malah dia tidak pernah meminta untuk meninggalk­an kelab itu menurut ejen penyerang Wales itu.

Komitmen Bale kepada juara Eropah sebanyak 13 kali itu kembali menimbulka­n persoalan bulan lalu selepas dia membantu negaranya layak ke Euro 2020 dan kemudian menyertai rakan sepasukann­ya menari di samping kain rentang menyatakan mengenai yang mana menjadi pilihan antara ‘Wales. Golf. Madrid’.

Dia diejek peminat Real ketika perlawanan bulan lalu menentang Real Sociedad.

Penyerang berusia 30 tahun itu turut berselisih faham bersama jurulatih Zinedine Zidane pada musim rehat, dengan pengendali dari Perancis dia mahu Bale meninggalk­an kelab itu, ketika laporan mengenai pemergian ke kelab China, Jiangsu Suning dibatalkan.

“Dia tidak kecewa,” menurut ejen Bale, Jonathan Barnett kepada BBC Euro Leagues Podcast.

“Dia masih mempunyai kontrak dan selagi dia masih sebagai pemain Real Madrid dia akan beraksi pada tahap 100% - dan akan melakukan yang terbaik.

“Dia tidak pernah bertanya untuk meninggalk­an kelab itu. Jika peluang baik hadir buatnya dan adalah sesuatu yang mahu dilakukann­ya kami perlu berbincang bersama presiden Real Madrid dan melihat bagaimana ia akan berlaku.”

Bale tidak menyertai latihan pasukan pada Khamis dan akhbar Sepanyol, Marca melaporkan dia mungkin terlepas aksi La Liga berdepan Espanyol malam ini begitu juga perlawanan Liga Juara-Juara di Club Bruges pada awal pagi Khamis ini berikutan kecederaan hamstring yang dialami.

Dia tidak kecewa. Dia masih mempunyai kontrak dan selagi dia masih sebagai pemain Real Madrid dia akan beraksi pada tahap 100% ”

Jonathan Barnett

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia