Harian Metro

Pemain kurang keyakinan: Ljungberg

-

London: Arsenal tewas kepada Brighton & Hove Albion buat kali pertama di laman sendiri apabila jaringan Adam Webster dan Neal Maupay memberikan pelawat kemenangan 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi semalam.

Gunners yang memecat Unai Emery sebagai pengurus minggu lalu dan melantik bekas pemain Freddie Ljungberg sebagai pemangku pengurus kini berada di tangga ke-10 liga dengan 19 mata, dengan Brighton hanya ketinggala­n satu mata dan tiga anak tangga di belakang mereka.

“Sudah tentu, ia mengecewak­an tetapi kami perlu teruskan,” kata Ljungberg.

“Pemain kurang yakin, saya fikir anda boleh melihatnya.

“Kami berada dalam situasi sukar. Kami memulakan permainan dengan hambar dan tiada tenaga. Adalah tugas saya menjadikan mereka lebih agresif dan bermain penuh tenaga.”

Brighton mempunyai peluang awal apabila pertahanan Arsenal, Hector Bellerin menjatuhka­n Aaron Connolly namun sepakan percuma Pascal Gross terkena benteng pertahanan Arsenal.

Pasukan pelawat terus mengasak dengan Maupay melakukan rembatan dari sudut sukar yang melepasi gawang yang dikawal penjaga gol, Bernd Leno.

Tekanan diberikan akhirnya berhasil pada minit ke-36 apabila bek tengah Webster merembat bola yang gagal dikawal selepas sepakan sudut, melepasi Leno untuk memberikan pelawat gol pendahulua­n.

Penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette menyamakan kedudukan lima minit pada separuh masa kedua menerusi tandukan lambung selepas sepakan sudut di ambil Mesut Ozil terkena palang gol. - Reuters

Gunners kini berada di tangga ke-10 liga

dengan 19 mata

 ??  ?? MAUPAY (dua dari kanan) menjaringk­an gol kedua pada perlawanan pagi semalam.
MAUPAY (dua dari kanan) menjaringk­an gol kedua pada perlawanan pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia