Harian Metro

TAK HABIS LAGI PASAL FORMASI?

Kim Swee selar segelintir pihak pertikai tindakanny­a

- Oleh Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Senario bola sepak Asia Tenggara sudah berubah dan skuad kerdil yang satu ketika dulu dianggap ‘lauk’ seperti Filipina, Kemboja dan Laos sudah mempamerka­n peningkata­n hingga mampu mengejutka­n pasukan handalan.

Pengendali skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee berkata, kegagalan skuad negara layak ke separuh akhir Sukan Sea memberi dua pengajaran berguna untuk kepentinga­n masa depan.

“Pengajaran paling berguna ialah persiapan yang dilakukan. Perkara kedua ialah pasukan seperti Filipina, Kemboja dan

Laos bukan lagi lawan yang kita boleh kalahkan setiap masa.

“Mereka sudah bertambah baik dan kita harus ingat kalau tidak bersiap sedia pada edisi akan datang perkara sama akan berulang kembali,” katanya ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), malam kelmarin. Sementara itu, pengendali kelahiran Melaka itu turut menyelar mereka yang mempertika­ikan formasi digunakann­ya di Sukan Sea Filipina 2019.

Menurut Kim Swee, tiada masalah dari segi formasi yang digunakann­ya cuma hanya segelintir pembaca dan pemberita sukan mempertika­inya untuk mendapatka­n publisiti.

“Saya percaya mereka hanya pandai bercakap dan inginkan publisiti,” katanya.

Beliau berkata, kemenangan di kejohanan lalu dengan menggunaka­n sistem sama tidak pula dipertikai­kan.

“Jadi ini semua hanya hendak menimbulka­n beberapa isu apabila pasukan tewas. Ini kebiasaan yang berlaku dan bagi saya tiada masalah dengan formasi 3-4-3, 4-3-3 atau apa jua pun,” katanya.

Kim Swee,

49, yang sudah berkhidmat hampir 10 tahun bersama badan induk itu gagal mencapai misi layak ke final Sukan Sea 2019 selepas pasukannya terkandas pada peringkat kumpulan.

Dua kekalahan memalukan kepada Filipina (0-1) dan Kemboja (1-3) menyaksika­n impian Malaysia untuk mengulangi pencapaian gemilang 2011 memenangi emas yang ketika itu turut dibimbingn­ya berkecai di bumi Filipina.

Saya percaya mereka hanya pandai bercakap dan inginkan

publisiti

Ong Kim Swee

 ??  ?? KIM Swee akui kegagalan skuad negara layak ke separuh akhir Sukan Sea memberi dua pengajaran berguna untuk kepentinga­n masa depan.
KIM Swee akui kegagalan skuad negara layak ke separuh akhir Sukan Sea memberi dua pengajaran berguna untuk kepentinga­n masa depan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia