Harian Metro

Masih mampu capai sasaran

-

Manila: Jangan panik! Mungkin itu gambaran yang mahu diberikan Ketua Kontinjen, Datuk Megat Zulkarnain

Jaguh boling negara, Muhammad Rafiq Ismail mengakui kini tidurnya lebih lena selepas berjaya menyumbang emas dalam acara berpasukan lelaki akhir di Pusat Beli-Belah StarMall EDSA, di sini, semalam.

Rafiq yang berganding­an bersama Tun Luqman Al-Hakim, Timmy Tan dan Ahmad Muaz Mohd Fishol ternyata tampil lebih unggul buat mengenepik­an pencabar lain dengan mencatat jatuhan pin tertinggi 4,980.

Catatan itu meninggalk­an pasukan Filipina yang sekadar mengumpul 4,937 jatuhan pin manakala

Saya merasakan kita dalam keadaan yang mengikut momentum. Mengikut perancanga­n awal, kita menjangkak­an memang setiap hari kita akan dapat (emas)”

Megat Zulkarnain Omardin

Omardin yang percaya sasaran 70 pingat emas masih mampu dicapai berbaki lima hari sebelum saingan Sukan Sea 2019 melabuhkan tirainya Rabu ini.

Menurut Megat, meskipun kelmarin beberapa sukan gagal menghadirk­an kilauan emas seperti boling, lawan pedang dan renang, beliau percaya kontinjen negara masih berada dalam landasaan tepat untuk merealisas­ikan sasaran itu.

“Saya merasakan kita dalam keadaan yang mengikut momentum. Mengikut perancanga­n awal, kita menjangkak­an memang setiap hari kita akan dapat (emas).

“Cuma, semalam (kelmarin) mungkin tersasar satu tetapi sudah diganti dengan silat. Saya nampak hari ini (semalam) kita sudah balik kepada momentum asal dengan lima emas sudah dicapai.

“Saya percaya kita di landasan tepat dengan ada lagi beberapa sukan termasuk gimrama yang kita jangkakan mampu menjadi penyumbang,” katanya ketika ditemui selepas menyaksika­n beregu lelaki snuker negara, Moh Keem Hoo-Lim Kok Leong meraih emas.

Selain emas daripada sukan snuker, Malaysia turut berjaya menggondol emas dalam tiga sukan lain iaitu terjun (dua emas), renang dan boling berpasukan lelaki.

Mengulas aksi buruk pasukan memanah dan pelayaran, Megat percaya kehilangan emas daripada acara itu akan mampu ditampung oleh sukan lain.

 ??  ?? DARI kiri, Timmy, Tun Ameerul Lokman, Ahmad Muaz dan Muhammad Rafiq menunjukka­n pingat emas yang dimenangi dalam acara berpasukan lelaki akhir di Manila, semalam.
DARI kiri, Timmy, Tun Ameerul Lokman, Ahmad Muaz dan Muhammad Rafiq menunjukka­n pingat emas yang dimenangi dalam acara berpasukan lelaki akhir di Manila, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia