Harian Metro

Lapangan Terbang Lawas dibuka semula

-

Kuching: Lapangan Terbang Lawas dibuka semula, semalam, selepas ditutup akibat dilanda banjir, kelmarin.

Sumber berkata, pesawat MasWing yang membawa 18 penumpang dari Miri mendarat di lapangan terbang kecil itu jam 8 pagi, semalam.

Kelmarin, beberapa penerbanga­n ke lapangan terbang itu terpaksa dibatalkan dan dijadualka­n semula bagi membolehka­n kerja pembersiha­n dijalankan selepas landasan dilimpahi air dari Sungai Lawas, sejak Rabu lalu.

“Keadaan landasan terbang pulih sepenuhnya, walaupun ketika ini hujan masih berlaku di Lawas,” kata sumber yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi di sini, semalam.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) melalui laman Facebookny­a, semalam, turut memaparkan rakaman video pesawat DHC-6 Twin Otter mendarat di lapangan terbang kecil itu, pagi semalam.

Bagaimanap­un, usaha mendapatka­n maklumat lanjut gagal apabila pihak pengendali lapangan terbang itu tidak menjawab panggilan.

Sementara itu, Ketua Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, 93 mangsa banjir dari 19 keluarga di lapan kampung di sini, ditempatka­n di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Trusan, semalam.

Beliau berkata, PPS itu dibuka sejak jam 12 tengah hari kelmarin berikutan paras air di lapan kampung berada di tahap membimbang­kan kerana hujan lebat sejak dua hari lalu.

Kawasan dilanda banjir adalah Kampung Seberang Kedai Trusan, Kampung Gelapas, Kampung Perumahan Gelapas dan Kampung Masjid Trusan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia