Harian Metro

STRES NAK KAHWIN

Alasan penagih ambil dadah gagal kaburi anggota AADK

- Oleh Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

Tertekan mencari wang untuk majlis perkahwina­n menjadi punca mengambil dadah.

Alasan itu diberikan seorang lelaki berusia 24 tahun ketika ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam Op Cegah di rumahnya di Manggatal di sini, Rabu lalu.

Tidak cukup dengan itu, ibu lelaki terbabit turut membuat provokasi bagi menghalang anggota AADK menahan anaknya.

Bagaimanap­un, keadaan berjaya ditenangka­n anggota sebelum lelaki terbabit dibawa ke pejabat AADK Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutny­a.

Lelaki terbabit yang mengaku sudah bertunang memberitah­u dia tertekan memikirkan majlis perkahwina­n yang dirancang tahun depan.

Ketua Operasi AADK Kota Kinabalu, Zakry Mat Zudin berkata, suspek yang bekerja sebagai juruteknik komputer itu antara yang ditahan dalam operasi jam 10 malam hingga 3 pagi.

Katanya, seramai tujuh lelaki ditahan kerana disyaki terbabit penyalahgu­naan dadah di beberapa lokasi di bandar raya ini dan Penampang.

“Suspek dibawa ke Pejabat AADK Kota Kinabalu untuk ujian saringan awal air kencing.

“Daripada hasil ujian dijalankan, lima lelaki positif dadah jenis syabu termasuk lelaki yang mengaku terpaksa menghisap syabu untuk menghilang­kan tekanan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, semua suspek ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgu­naan dadah boleh menyalurka­nnya dengan menghubung­i AADK atau tampil ke pejabat AADK berhampira­n.

“Operasi itu disertai seramai tujuh anggota AADK Kota Kinabalu dan AADK negeri,” katanya.

 ??  ?? PENAGIH yang ditahan dalam Op Cegah AADK di Kota Kinabalu dan Penampang.
PENAGIH yang ditahan dalam Op Cegah AADK di Kota Kinabalu dan Penampang.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia