Harian Metro

Jumpa Dr Maszlee

-

Kuching: Kerajaan

Sarawak akan mengadakan pertemuan dengan Kementeria­n

Pendidikan bagi menyelesai­kan isu larangan kepada wakil rakyat Gabungan Parti

Sarawak (GPS) melawat sekolah di negeri ini.

Menteri Pendidikan,

Sains dan Penyelidik­an

Teknologi, Datuk Seri

Michael Manyin Jawong berkata, beliau akan menemui Menteri

Pendidikan, Dr Maszlee

Malik di Putrajaya pada 9 atau 10 Disember ini.

“Saya sudah membuat temu janji dengan Dr Maszlee dan berharap dapat berjumpa sekembalin­ya dari Jepun.

“Setakat ini, hubungan saya dengan Dr Maszlee amat baik, jadi saya mahu kekalkan hubungan ini dan percaya isu ini dapat diselesaik­an dengan perbincang­an itu nanti,” katanya selepas menghadiri Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Lembaga Pembanguna­n Penyelidik­an Sarawak (SRDC) dengan Curtin Biovalley Sdn Bhd (CBV) dan Universiti Cambridge, United Kingdom di sini, semalam.

MoA dengan CBV adalah untuk mengurus, mengendali dan menyelengg­arakan projek perintis Pusat Penyelidik­an Biovalley di Curtin University Sarawak, Miri, manakala MoA antara SRDC dan University of Cambridge, United Kingdom pula adalah untuk kerjasama dalam bidang penyelidik­an dan pembanguna­n, latihan amali pelajar dan kakitangan serta program pertukaran mobiliti antara Cambridge dan Sarawak.

Mengulas lanjut isu larangan wakil rakyat GPS melawat sekolah, beliau berkata, ia timbul selepas Kementeria­n Pendidikan menghantar dua surat pekeliling kepada Jabatan Pendidikan negeri iaitu pada Mei dan November lalu.

 ??  ?? MICHAEL
MICHAEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia