Harian Metro

Giliran Reed jadi teraju

-

Miami: Patrick Reed mendahului tiga pukulan pada Cabaran Dunia Hero di Bahamas, awal pagi semalam ketika Tiger Woods kembali dalam saingan selepas pusingan pertama yang hambar. Bekas juara Masters, Reed mencatat enam di bawah par 66 berturut-turut untuk menamatkan pusingan kedua dengan 12 di bawah par dalam kejohanan di Kelab Golf Albany. Selepas angin kencang molanda lapangan itu, Reed adalah antara pemain yang momanfaatk­an kelebihan ketika keadaan semakin balk untuk melakukan catatan terendah. Pemain Amerika Syarikat (AS) itu bermula perlahan, mencatat dua birdie pada sembilan lubang pertama untuk dua di bawah par. Birdie berturutan pada lubang ke-10 dan 11 disusuli dua lagi di lubang ke-14 dan 15 dan biarpun mencatat birdie pada lubang ke-16, Reed kembali mencatat birdie pada lubang terakhir. "Saya rasa bagus," kata Reed selepas itu. "Saya rasa permainan lebih jelas berbanding awal tahun ini. Saya memberi peluang kepada din dan putter saya menjadi." Juara Terbuka AS, Gary Woodland yang mendahului pusingan pertama mencatat tiga di bawah par 69 untuk menamatkan saingan di tangga kedua dengan sembilan di bawah par. 1 Pemain Sweden, Henrik Stenson dan wakil Sepanyol, Jon Rahm berkongsi di kedudukan ketiga lapan di bawah par, empat pukulan di belakang pendahulu. Stenson melonjak dalam senarai pungutan mata selepas melakukan pukulan lima di bawah par 67 sementara Rahm mclakukan enam di bawah par 66. Tuan rumah kejohanan Woods sementara itu bang kit dengan aksi cemerlang selepas kekecowaan pada 72 kelmarin dengan melakukan bogey bebas 66. • AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia