Harian Metro

SABOTAJ ‘BAJU HITAM’

Sekumpulan pemuda halang perwakilan, pemerhati sah masuk dewan

- Oleh Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@ns- tp.com.my

Tindakan sabotaj terancang sekumpulan pemuda berbaju hitam didakwa menjadi punca kekecohan di hadapan pintu masuk dewan persidanga­n Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK), semalam.

Timbalan Ketua AMK Muhammad Hilman Idham berkata, beliau kecewa kerana usaha sabotaj terancang itu menghalang ratusan perwakilan dan pemerhati yang sah masuk ke dewan kongres.

“Kongres Nasional AMK bermula cukup baik dan harmoni malam tadi (kelmarin) dicemari tindakan sabotaj terancang pemuda berbaju hitam yang turut diragui status keanggotaa­nnya.

“Pada masa sama kami mahu sekreteria­t penganjura­n Kongres Nasional Tahunan AMK diterajui Setiausaha AMK Ahmad Syukri Che Ab Razab mengambil tanggungja­wab sepenuhnya di atas tindakan skuad keselamata­n AMK.

“Skuad keselamata­n bukan saja halang perwakilan sah masuk ke dalam dewan kongres, malah ada dalam kalangan pimpinan AMK, Exco, ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) juga dari Ibu Pejabat Keadilan sendiri dihalang dan dikasari daripada memasuki dewan kongres.

“Ada beberapa video yang tular jelas memperliha­tkan bagaimana beberapa pimpinan skuad ini mengasari perwakilan yang cuba masuk ke dewan kongres,” katanya.

Berlaku kekecohan sekitar jam 8.30 pagi apabila skuad keselamata­n parti tidak membenarka­n beberapa perwakilan dan anggota AMK masuk atas alasan tiada pas, selain tidak memakai baju Melayu.

Kekecohan di pintu masuk dewan di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC) itu mengakibat­kan bekas Pengerusi Tetap AMK Mizan Adli Mohd Noor yang dipecat daripada jawatannya pada 24 November lalu tidak dibenarkan masuk.

Pergaduhan fizikal antara seorang perwakilan dengan seorang pemerhati berbaju hitam menyebabka­n keadaan bertukar tegang dengan pergaduhan berterusan sehingga ke luar pusat persidanga­n sebelum keadaan kembali terkawal.

 ??  ?? KEKECOHAN yang berlaku di pintu masuk MITC, semalam.
KEKECOHAN yang berlaku di pintu masuk MITC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia