Harian Metro

WAJAH FARHAN TERPANCAR

- Oleh Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

“Saya mula tidak keruan selepas perjalanan menuju ke Makkah dan ketika tidur sering mimpi rindukan seseorang. Apabila saya melakukan solat dan berdoa minta petunjuk Allah, terpancar jelas wajah ustaz Farhan,” kata Dr Noorainul Naqim Mohd Radzi atau Erin.

Erin, 40, yang juga isteri kepada pendakwah kontrovers­i, Da’i

Nik Farhan berkata, pertemuann­ya dengan Farhan ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini ada sebab yang sudah ditetapkan Allah SWT.

“Saya yakin ada sebab mengapa Allah pertemukan saya dengan Farhan sedangkan ketika pergi ke sana saya bersama calon suami lain dan apabila pulang saya bersama suami lain pula,” katanya.

Memetik temu bual bersama Astro Gempak, Erin berkata, sebagai wanita tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berkahwin

dengan suami orang apatah lagi isteri lelaki berkenaan hamil.

“Seboleh-bolehnya saya elak berkahwin dengan suami orang tetapi Allah sudah atur itulah jodoh saya sekarang dan saya tidak mampu menjawab pertanyaan warganet mengapa memilih suami orang.

“Saya tidak marah dengan warganet, malah kritikan mereka tidak memberi apa-apa kesan langsung dalam kehidupan saya. Apa yang penting keluarga dan anak-anak lebih kenal siapa saya,” katanya.

Mengulas mengenai bekas isteri Farhan, Fatin Nurul Ain Mat Aris, Erin berkata, antara sebab dia menerima lamaran lelaki itu selepas mendapat persetujua­n daripada wanita terbabit.

“Ketika Farhan hendak melamar saya memang rasa tidak percaya kerana kami belum mengenali diri masing-masing sepenuhnya, malah selepas tiga hari di Makkah baru dia tahu saya janda anak lapan dan pernah berkahwin dua kali.

“Saya berani menerima lamaran Farhan kerana katanya Fatin memberi kebenaran dia berkahwin dua,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia