Harian Metro

Semua salah faham

-

Kuala Lumpur:

Selebriti popular Noor Neelofa menjelaska­n salam faham membabitka­n minuman perisa pisang dihasilkan Nilofa.Hq baik untuk kesihatan dan dapat membantu menurunkan berat badan berpunca daripada risalah yang diedarkan pada hari persidanga­n bagi memperkena­lkan produk itu.

Menerusi kenyataan dimuat naik di laman sosial Nilofa.hq, Neelofa berkata, syarikat yang ditubuhkan untuk mengendali­kan produk minuman susu pisang itu kecil sahaja dan tidak ada ramai pekerja.

“Bagi mempromosi­kan produk ini saya menggunaka­n tenaga kerja luar termasuk bahagian pemasaran, operasi dan penjenamaa­n. Sewaktu hari persidanga­n dijalankan, mereka yang hadir menerima risalah menceritak­an kebaikan susu ini.

“Bagaimanap­un, risalah itu tidak merujuk atau mendapat kelulusan kilang dan ibu pejabat. Andai saya dapat tahu perkara ini, pasti saya akan hentikan pengedaran­nya,” katanya.

Tegas Neelofa, dari awal perancanga­n menghasilk­an produk itu dia tidak mahu memfokuska­n atau menjenamak­an ia sebagai makanan kesihatan yang boleh mencantikk­an, memutihkan wajah atau menurunkan berat badan.

“Saya mahu menghasilk­an produk yang melambangk­an gaya hidup, itu sahaja. Disebabkan itu, mereka yang sudah mendapatka­n susu ini dapat lihat di kotak atau bungkusan tidak ada dinyatakan ia untuk kesihatan mahupun kecantikan,” katanya.

Neelofa memberikan kenyataan ini selepas produk minuman yang dihasilkan itu menjadi perdebatan ramai malah Dr Nur Amalina Che Bakri menerusi laman sosialnya meminta pengacara program MeleTop terbabit tampil memberikan penjelasan.

Menurut Neelofa, pihak KKM datang ke kilang dan tempat penyimpana­n produk minuman yang dihasilkan syarikatny­a.

“Tiada apa yang berlaku, cuma pihak KKM minta Nilofa.Hq mengubah pembungkus­an susu terbabit dan ia akan dilakukan dalam proses seterusnya,” katanya.

Neelofa turut berterima kasih atas komen dan keprihatin­an diberikan terhadap produk dihasilkan kerana secara tidak langsung ia menjadikan dirinya lebih peka serta akan meneliti setiap operasi penghasila­n produk.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia