Harian Metro

MUHAMMAD POPULAR DI AS

Nama memasuki carta 10 teratas, catat peningkata­n ketara dalam senarai tahunan

-

Buat pertama kali Muhammad memasuki senarai 10 teratas nama popular di Amerika Syarikat dan jika mengambil kira pelbagai ejaan, tidak tertakluk kepada Muhammad, kedudukann­ya lebih tinggi dalam senarai itu.

Berdasarka­n data yang dikeluarka­n firma ibu bapa, BabyCenter, yang merekodkan maklumat itu, nama Muhammad sudah lama mencatat peningkata­n ketara dalam senarai tahunan.

“Bagi bukan Islam, mereka mempunyai pilihan tanpa had untuk memilih nama anak namun bagi keluarga Islam, tradisi masih penting, termasuk budaya menamakan anak lelaki sempena Nabi Muhammad SAW,” kata kenyataan BabyCenter ketika menyiarkan senarai itu, kelmarin.

Laporan Al Jazeera yang memetik

Agensi Berita Anadolu menyatakan, menurut BabyCenter, data Keselamata­n Sosial menunjukka­n nama Muhammad meningkat daripada kedudukan 620 pada 2000 kepada 345 pada 2018. Kedudukann­ya lebih tinggi jika agensi kerajaan itu mengambil kira pelbagai ejaan lain.

Populariti nama Muhammad meningkat 29 peratus sejak 2018 membolehka­nnya berada di tangga ke-10 tahun ini, menyebabka­n nama Mason

terkeluar.

Bagi perempuan, nama Aaliyah turut mula memasuki senarai mengenepik­an satu lagi nama berasal dari Arab, Layla.

Muhammad mula memasuki senarai 100 teratas nama bayi popular di Amerika Syarikat pada 2013.

Sophia yang dalam bahasa Greek bermaksud bijaksana kekal di tangga pertama nama popular untuk bayi perempuan sejak sedekad lalu.

Bagi nama lelaki, Jackson digantikan oleh nama Liam iaitu William dalam versi Ireland.

Populariti nama

Muhammad meningkat 29 peratus

sejak 2018

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia