Harian Metro

SISA PLASTIK JADI PERABOT

Projek Print Your City hubungkan penduduk bandar di seluruh dunia dengan proses kitar semula bahan buangan ILHAM GLOBAL

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Plastik

kitar semula semakin pesat berkembang menjadi material popular dalam kalangan pereka untuk menghasilk­an produk hiasan dalaman.

Demikian dilakukan penduduk bandar Thessaloni­ki di Greece apabila mereka kini boleh mengitar semula sisa plastik kepada perabot cetakan tiga dimensi (3D) menggunaka­n mesin khas dihasilkan firma arkitek dari Rotterdam, The New Raw.

The Zero Waste Lab adalah usaha terbaharu dalam inisiatif kitar semula plastik The New Raw untuk penduduk menghias tempat awam dalam bandar mereka dan dijalankan dengan kerjasama jenama minuman Coca Cola.

Ia menawarkan penduduk tempatan kemudahan kitar semula sisa plastik mereka menggunaka­n robot cetakan 3D yang boleh mengubah bahan plastik kepada perabot.

Pengguna juga boleh mengolah perabot menerusi laman sesawang, memilih aneka warna pilihan dan fungsinya termasuk memilih lokasi dalam bandar untuk menyusun perabot berkenaan.

Pilihan perabot dicadangka­n termasuk pasu, rak basikal, mangkuk makanan haiwan peliharaan dan rak buku. Laman sesawang akan memaklumka­n berapa banyak plastik kitar semula diperlukan untuk mengolah perabot dipilih.

“Plastik direka untuk kekal selamanya, namun acap kali kita menggunaka­n plastik hanya sekali sebelum dibuang begitu saja.

“Menerusi projek Print Your City, kami berusaha menunjukka­n jalan lebih baik menggunaka­n plastik dalam aplikasi jangka panjang dan bernilai tinggi,” kata pengasas The New Raw, Panos Sakkas dan Fonteini Setaki.

Perabot dibuat daripada plastik jenis PP dan PE yang lazim digunakan dalam pembungkus­an makanan yang diperoleh terus daripada sisa plastik yang disumbangk­an ke makmal.

Sisa buangan akan diasingkan, dicuci dan dileraikan sebelum dicairkan serta dicampur dengan pigmen untuk membentuk material boleh dicetak. Perabot juga boleh dihasilkan daripada plastik jenis PET dan PS.

Print Your

City bermatlama­t menghubung­kan penduduk bandar seluruh dunia dengan proses mengitar semula dan menukar sisa buangan itu kepada produk yang boleh digunakan orang ramai.

Hanth Park di pusat bandar Thessaloni­ki menjadi lokasi awam pertama menempatka­n perabot Print Your City menggunaka­n 800 kilogram sisa plastik sejak Januari lalu. Ia dipilih sendiri oleh 2,900 penduduk setempat melalui undian.

Pengasasny­a berharap sejumlah empat tan sisa plastik dapat dikitar semula sepanjang projek itu berjalan.

 ?? FOTO: GOOGLE ?? PLASTIK kitar semula diasingkan sebelum dilebur untuk rekaan.
FOTO: GOOGLE PLASTIK kitar semula diasingkan sebelum dilebur untuk rekaan.
 ??  ?? PENDUDUK boleh memilih warna perabot
mereka.
PENDUDUK boleh memilih warna perabot mereka.
 ??  ?? TEMPAT duduk pelbagai guna
untuk kegunaan awam daripada plastik kitar semula.
TEMPAT duduk pelbagai guna untuk kegunaan awam daripada plastik kitar semula.
 ??  ?? ROBOT 3D
bekerja menghasilk­an rekaan dipilih.
ROBOT 3D bekerja menghasilk­an rekaan dipilih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia