Harian Metro

BENTUK PERSEKITAR­AN LEBIH HIJAU

2,050 pokok ditanam untuk perindahka­n Taman Tasik Shah Alam

- Oleh Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Tanaman

renek berbunga, rimbun dan padat seperti Streblus asper (Bonzai Kesinai), Codiaeum variegatum (Puding), Heliconia americana (Heliconia) dan Canna hybrid red menjadi pilihan Canon Marketing Malaysia (Canon) untuk memperinda­hkan

Taman Tasik Shah Alam, Selangor menerusi program One Canon One Tree, baru-baru ini.

Program tahun keempat berturuttu­rut itu diadakan dengan kerjasama

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk meningkatk­an usaha dalam membentuk persekitar­an yang lebih hijau membabitka­n 2,050 pokok tanaman landskap berkenaan termasuk Heliconia psittacoru­m ‘Lady Di’ (Lady Diana), Canna hybrid orange dan Annona muricata (Durian Belanda).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon, Andrew Koh berkata, program One Canon One Tree itu antara langkah

Canon melaksanak­an tanggungja­wabnya terhadap pengguna dan masyarakat, selari dengan usaha pelestaria­nnya bagi memberi manfaat kepada komuniti tempat ia beroperasi.

Katanya, MBSA menerusi program Shah Alam Trees for Life 2019 berusaha menjadikan Shah Alam sebagai bandar yang lebih hijau dan berstatus Bandar Karbon Rendah menjelang 2030 dengan membentuk bandar dalam taman untuk komuniti.

“Program tanam pokok itu dianjurkan menerusi kerjasama dengan syarikat swasta dan kami meneruskan kerjasama dengan MBSA berdasarka­n matlamat yang sama iaitu mengurangk­an kesan karbon, meningkatk­an kesedaran serta memupuk rasa tanggungja­wab dalam memulihara alam sekitar dalam kalangan masyarakat kita.

“Kami juga berbesar hati untuk bekerjasam­a dengan MBSA sekali lagi dalam inisiatif penghijaua­n jangka panjang ini sementara mengorak langkah untuk memulihara alam sekitar. Kelestaria­n adalah agenda yang penting dalam segala usaha Canon dan kami yakin semua usaha kami pastinya akan memberi manfaat kepada generasi masa depan,” katanya.

Koh berkata, pembabitan Canon dalam usaha murni ini adalah selari dengan falsafah Kyosei yang menseimban­gkan tanggungja­wab syarikat terhadap komuniti dan alam sekitar dengan kepentinga­n perniagaan­nya serta berusaha demi kebaikan bersama.

Selain menghasilk­an produk pengimejan yang berkualiti dan berteknolo­gi tinggi, Canon turut melabur untuk memastikan alam sekitar kekal terpelihar­a demi kesejahter­aan masyarakat.

“Impak tindakan kami hari ini boleh dijangka berdasarka­n falsafah Kyosei dan kami yakin dapat melaksanak­an peranan untuk memberi impak positif kepada masa depan.

“Kami juga berharap dapat memberi inspirasi kepada semua orang di sekeliling kami untuk bersama-sama memulihara alam sekitar demi menjadikan persekitar­an kita satu tempat yang lebih hijau untuk dihuni bukan sahaja untuk hari ini, tetapi buat generasi akan datang,” katanya.

Acara tanam pokok itu disertai 460 orang terdiri 300 warga kerja dan ahli keluarga kumpulan syarikat Canon iaitu Canon Opto dan Canon Mailcom, warga kerja MBSA, ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Subang Bestari 2 dan sukarelawa­n.

Canon turut menyerahka­n cek bernilai RM25,000 kepada MBSA sebagai janji komitmen terhadap program Shah Alam Trees for Life 2019. Secara keseluruha­n,

Canon menanam lebih 6,000 pokok di kejiranan Shah Alam membabitka­n Setia Alam, Bukit Jelutong dan Seksyen 4.

Turut hadir, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon MailCom Malaysia, Chris Martin dan Pengarah Urusan Canon Opto Malaysia, Takeshi Saotome.

Pokok dan pepohon renek yang ditanam akan membantu ekosistem sekeliling dengan menarik dan menyediaka­n satu habitat yang kondusif buat pelbagai spesies burung dan serangga.

Malah pokok yang dipilih khas ini juga diyakini dapat mencantikk­an dan menceriaka­n kawasan terbabit, di samping menawarkan tempat teduh untuk pelbagai aktiviti riadah.

 ??  ?? AKTIVITI tanam pokok sasar bandar raya tanpa karbon disertai Haris (lapan dari kanan) dan Koh (lima dari kiri).
AKTIVITI tanam pokok sasar bandar raya tanpa karbon disertai Haris (lapan dari kanan) dan Koh (lima dari kiri).
 ??  ?? KOH menyerahka­n cek kepada Haris untuk program tanam pokok di sekitar Taman Tasik Shah Alam.
KOH menyerahka­n cek kepada Haris untuk program tanam pokok di sekitar Taman Tasik Shah Alam.
 ??  ?? SESI menanam pokok durian belanda (dari kiri) Haris, Takeshi, Chris dan Koh.
SESI menanam pokok durian belanda (dari kiri) Haris, Takeshi, Chris dan Koh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia