Harian Metro

TERHEBAT DI DUNIA

Penuntut UiTM cipta sejarah dunia peroleh skor penuh 100 peratus bagi kertas FA1 Recording Financial Transactio­ns

- Oleh Nur Lela Zulkipli nurlela@hmetro.com.my

Walaupun tiada pengetahua­n asas perakaunan, namun Hakeem Mohammad Akmal, 18, berjaya memperoleh skor penuh 100 peratus bagi kertas FA1 Recording Financial Transactio­ns.

Kejayaan itu membolehka­n Hakeem mencipta sejarah dunia dengan berada di tempat pertama bagi subjek bagi sesi Julai-Disember 2019 berkenaan.

Hakeem yang juga penuntut program Certified Accounting Technician (CAT) Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) turut mengekalka­n kecemerlan­gan selepas memperoleh keputusan 9A di dalam peperiksaa­n Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Menurut Hakeem, dia tidak menyangka menerima anugerah yang dikurniaka­n oleh badan profession­al perakaunan, The Associatio­n of Chartered Certified Accountant­s (ACCA) United Kingdom.

Katanya, pada masa sama dia juga tiada asas dalam bidang perakaunan berbanding rakan kuliah lain yang lebih berpengala­man.

“Sebelum ini saya mengambil jurusan sains tulen di sekolah menengah namun membuat keputusan dengan menukar haluan kerana ingin mencuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar.

“Alhamdulil­lah, urusan saya dipermudah­kan apabila dikeliling­i rakan dan tenaga pengajar yang banyak membantu walaupun saya terlalu banyak bertanya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Berkongsi tip belajar, anak ketiga daripada lima beradik itu masih keluar bersama rakan melakukan aktiviti seperti menonton wayang dan bermain sukan, namun dia meletakkan had supaya tidak leka.

“Jangan lagho (leka) sangat, kena pandai control (kawal). Tugas kita sebagai penuntut harus belajar sampai dapat yang terbaik, jangan pula terbaik dalam melepak.

“Saya juga bertuah kerana pensyarah yang mengajar kertas (perakaunan) ini banyak membantu biarpun di luar waktu kelas. Saya pula seorang yang tidak akan puas selagi tidak faham sesuatu perkara.

“Saya dapat lihat kerjasama di kalangan tenaga pengajar dan penuntut amat penting untuk sama-sama berjaya kerana jika sebelah pihak saja yang bersungguh-sungguh mungkin tidak akan kemana,” katanya yang berasal dari Langkawi, Kedah.

Katanya, dia merancang untuk melanjutka­n pengajian dalam bidang percukaian di UiTM melalui ACCA memandangk­an jurusan itu agak mencabar dan mempunyai peluang pekerjaan yang luas.

“Zaman sekarang kita perlu bijak mengatur langkah. Belajar sesuatu yang boleh mendatangk­an kebaikan pada masa depan dan bukan sekadar untuk memenuhi minat.

“Minat boleh datang kemudian yang penting kesungguha­n untuk mengubah masa depan.

“Kelilingi juga orang yang positif dan rajin. Itu semua menyumbang kepada kejayaan tanpa kita sedari. Insya-Allah, kejayaan akan menyusul selepas kita lakukan yang terbaik di samping menjaga hubungan dengan keluarga dan Allah SWT,” katanya.

Terdahulu, UiTM memuat naik ucapan tahniah kepada Hakeem selepas diumumkan penuntut terbaik dalam kertas FA1 Recording Financial Transactio­n.

“Minat boleh datang kemudian yang penting kesungguha­n untuk mengubah masa depan

Hakeem

 ??  ??
 ??  ?? HAKEEM mendapat skor penuh 100 peratus bagi kertas FA1 Recording Financial Transactio­n sesi Julai-Disember 2019.
HAKEEM mendapat skor penuh 100 peratus bagi kertas FA1 Recording Financial Transactio­n sesi Julai-Disember 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia