Harian Metro

SUAMIKU ORANG BURUAN

Pelakon wanita diperdaya lelaki Indonesia, lesap selepas diburu polis akibat tipu RM1 juta

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my

Pelakon wanita ini menyangka hidupnya cukup bahagia dikurniaka­n suami jutawan dari tanah seberang yang menyewa banglo dan membeli perabot mewah sebaik bernikah Ogos lalu. Namun, selepas tiga bulan lelaki itu menghilang­kan diri dan terbongkar dia menjadi buruan polis Indonesia kerana terbabit penipuan pelaburan jutaan ringgit, lapor Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mahaizura Abd Malik

Mahligai bahagia diimpikan seorang pelakon wanita berkecai apabila ‘ahli perniagaan’ Indonesia yang baru dikahwinin­ya dikenal pasti sebagai penjenayah dikehendak­i polis.

Artis berusia lewat 30-an itu langsung tidak mengesyaki identiti suaminya berusia 54 tahun berikutan lelaki itu bijak bersandiwa­ra dan mendakwa dia jutawan.

Malah, lelaki terbabit yang pernah bertanding pada pilihan raya di Indonesia sebelum ini sengaja menayangka­n kemewahan dimiliki untuk meyakinkan pelakon berkenaan termasuk mangsa lain ditipunya.

Bagaimanap­un, perkahwina­n rahsia pada Ogos lalu musnah selepas lelaki terbabit menghilang­kan diri sejurus beberapa mangsa ditipunya tampil membuat laporan polis.

Pelakon yang juga pengacara wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Sha itu berkata, dia mula mengenali lelaki terbabit ketika syarikatny­a sedang merangka projek mengendali­kan acara sukan di ibu negara, September lalu.

Menurutnya, seorang artis senior memperkena­lkan suaminya itu yang didakwa sedang mengembang­kan perniagaan ke negara ini selain sanggup menaja program sukan bakal dijalankan itu.

“Dia bersetuju memberi tajaan AS$2 juta (RM8.3 juta).

“Malah, bagi meyakinkan saya dan kakitangan lain, dia menunjukka­n sikap pemurah dan gemar memberikan wang,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama lelaki terbabit kerap menyatakan hasrat mahu mengahwini­nya dan niatnya dinyatakan berulang kali.

“Mulanya saya malas memikirkan ajakannya namun selepas kerap didesak saya akhirnya mengalah.

“Kami berkahwin di sebuah masjid di selatan Thailand,” katanya.

Sha berkata, sebaik pulang suaminya menyewakan banglo empat tingkat di Subang Jaya, tetapi dokumen sewa RM5,000 sebulan itu menggunaka­n namanya kerana lelaki itu belum menjadi penduduk tetap.

“Suaminya berbelanja sakan membeli pelbagai perabot dan barangan elektrik dan membayar tunai hampir RM200,000,” katanya.

Bagaimanap­un, masalah mula timbul apabila sepasang suami isteri warga Indonesia menghubung­inya memaklumka­n sudah menyerahka­n wang lebih RM1 juta kepada suaminya itu.

“Malah, ramai mangsa lain membabitka­n warga Indonesia mendakwa diperdaya suami kononnya wang itu mahu digunakan untuk pelaburan dan pembelian saham di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, menyedari ada antara mangsa membuat laporan polis di negara ini, suaminya melarikan diri sejak November lalu.

“Hasil siasatan dan semakan mendapati suami saya pernah disiasat di Indonesia berhubung kes rasuah membabitka­n nilai Rupiah 35 miliar (RM10.4 juta) beberapa tahun lalu.

“Susulan itu, saya buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya baru-baru ini berikutan bimbang dituduh bersubahat dengan suami,” katanya.

Lebih menyedihka­n, katanya dia berdepan tindakan mahkamah apabila tidak mampu melunaskan baki sewa rumah banglo terbabit lebih RM5,000.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya yang dihubungi memaklumka­n pihaknya tidak mengesan pergerakan keluar suspek dari negara ini melalui laluan yang sah.

 ??  ??
 ??  ?? WANITA yang dikenali sebagai Sha bercakap kepada wartawan HM.
WANITA yang dikenali sebagai Sha bercakap kepada wartawan HM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia