Harian Metro

SEMBILAN SAMAN, 4 WARAN TANGKAP

- Oleh Muhammad Apendy Issahak apendy@nstp.com.my

Pemandu lori yang ditahan kerana menghalang tugas polis ketika diperiksa di Jalan Pasir Putih-Lahat di sini, Khamis lalu memiliki sembilan rekod kesalahan trafik dan jenayah lampau.

Rekod kesalahan trafik itu termasuk empat waran tangkap selain rekod jenayah seperti samun dan dadah.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, antara kesalahan trafik ialah tiada lesen memandu, gagal menunjukka­n lesen, tiada insurans serta memotong secara berbahaya.

“Kejadian menghalang penjawat awam membabitka­n pemandu lori berusia 33 tahun dan isterinya berumur 29 tahun dan hamil tujuh bulan dengan Ketua Balai Polis (KPB) Lahat Sub Inspektor, Zulkifli Md Asid.

“Insiden jam 9.45 pagi Khamis lalu berlaku selepas Zulkifli yang berkhidmat 39 tahun menahan lori dipandu suspek lelaki.

“Lori itu membawa rangka kereta dalam keadaan tiada ciri keselamata­n,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Asmadi berkata, susulan penahanan itu, berlaku provokasi melampau daripada pemandu dan isterinya yang turut merakam kejadian berkenaan sebelum ia tular di media sosial.

“Zulkifli menggunaka­n pengalaman dan kematangan­nya menangani insiden berkenaan walaupun berlaku provokasi melampau.

“Pemandu lori dan isterinya kemudian ditahan di kediaman mereka di Taman Kledang Emas, Ipoh namun polis membebaska­n isterinya dengan jaminan selepas mengambil kira keadaannya yang hamil.

“Suspek lelaki direman tiga hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, ” katanya.

Menurutnya, provokasi melampau itu tidak sepatutnya berlaku kerana individu yang menahan kenderaan dan pemandu lori terbabit memakai seragam polis serta menggunaka­n kenderaan pasukan.

Katanya, lori ditahan selepas ia didapati membahayak­an keselamata­n pengguna jalan raya lain.

Navara VL Plus hadSirudse­pnegkalnel­jakmi inan dliirmema atnahtuign­aahtarui berm15u0la,0s0e0mkaml­am

 ??  ?? ASMADI menunjukka­n gambar muatan lori yang membahayak­an pengguna jalan raya pada sidang media di IPD Ipoh, semalam.
ASMADI menunjukka­n gambar muatan lori yang membahayak­an pengguna jalan raya pada sidang media di IPD Ipoh, semalam.
 ??  ?? ANTARA GRO yang ditahan di pusat hiburan terkenal di ibu kota.
ANTARA GRO yang ditahan di pusat hiburan terkenal di ibu kota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia