Harian Metro

‘KEBUMILAH DI SANA’

- Oleh Mohd Azam Shah Yaacob, Suraya Roslan dan Norasikin Daineh am@hmetro.com.my

“Kami merayu agar mereka dikebumika­n di sana. “Ini kerana, Rumihati yang juga adik bongsu kami, sebelum bertolak ke New Zealand ada memaklumka­n mereka mahu melawat masjid di Christchur­ch yang menjadi sasaran serangan pengganas Mac lalu,” kata Othman Abd Hamid.

Othman adalah abang sulung kepada Dr Rumihati Abd Hamid, 49, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kaikoura, New Zealand, jam 3.10 petang (waktu tempatan) kelmarin.

Othman yang juga pesara RTM berkata, berikutan itu keluargany­a memohon arwah dikebumika­n di sana kerana mereka tidak sempat melawat masjid berkenaan.

Kata Othman, adik bersama keluargany­a terbang ke New Zealand untuk bercuti 2 Disember lalu.

Berhubung tiga anak perempuan mangsa, Othman yang masih menunggu panggilan daripada pihak berkuasa New Zealand berkata, keluargany­a tidak pasti dengan keadaan sebenar.

“Kami masih menunggu berita dari pihak di sana (New Zealand) mengenai keadaan sebenar.

“Kami tidak pasti keadaan salah seorang anaknya dan masih menunggu kepastian. Kami pun bingung dan sekarang hanya menunggu untuk sampai ke Christchur­ch saja,” katanya.

Menurut Othman, dia bersama beberapa ahli keluarga bertolak ke New Zealand malam tadi untuk menguruska­n hal berkenaan.

Terdahulu, Dr Rumihati yang juga pakar perubatan di Klinik Kesihatan Putatan, suaminya Adanan @ Adnan Jemain, 49, dan seorang anak mereka Nuraleeyah Maisarah Arifah, 13, dilaporkan meninggal dalam kemalangan berkenaan.

Dua lagi anak pasangan itu iaitu Nur Irfan, 15, mengalami kecederaan di kepala manakala Nur Arifah, 11, turut cedera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia