Harian Metro

‘Rumihati adalah doktor kami’

-

Putatan: “Dia manja, cepat merajuk, kami selalu ikut saja apa dia mahu.

“Dialah adik kami paling sayang sebab dia doktor, dialah doktor kami,” kata Zaiton Abd Hamid, 61, kakak kepada Dr Rumihati, 49, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kaikoura, New Zealand kelmarin.

Selain Dr Rumihati yang juga pakar perubatan di Klinik Kesihatan Putatan, turut meninggal dunia adalah suaminya, Adanan @ Adnan Jeman, 49, dan seorang anak perempuan mereka.

Menurut Zaiton, mereka tidak menyangka percutian adik bongsunya bersama keluarga berakhir tragedi.

Katanya lagi, anaknya yang menghantar mereka sekeluarga ke lapangan terbang sebelum bertolak ke New Zealand pada Isnin lalu.

“Tapi yang ada rasa pelik sedikit ialah, dua hari sebelum berjalan (bercuti), dia bersama tiga anaknya datang ke rumah kakak saya untuk menghantar borang untuk berjumpa doktor.

“Kebiasaann­ya, apa saja berkaitan kesihatan, kami yang akan datang ke rumahnya tetapi yang peliknya, dia yang mengatur borang dan mengatakan dia mahu bercuti serta berpesan tolong beritahu pada abang sulung borang untuk pemeriksaa­n darah.

“Itu saja, tidak juga rasa ganjil betul tetapi itu bukan kebiasaan baginya untuk menghantar borang ke rumah,” katanya ditemui di kediaman mereka di Kampung Ulu Putatan dekat sini, semalam.

Zaiton berkata,

sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga adiknya bercuti ke luar negara setiap tahun.

“Tahun-tahun sebelumnya, dia mesti bawa saya dan suami bersama anak-anak bercuti ke Jepun, China dan Hong Kong. Itu yang saya ingat dia pernah bawa saya.

“Tahun lalu, dia pergi bersama keluarga ke London (United Kingdom) dan tahun ini ke New Zealand,” katanya.

Mengulas mengenai kemalangan itu, Zaiton berkata, mereka dihubungi oleh pegawai daripada Wisma Putra yang memaklumka­n kejadian.

“Kami masih menunggu maklumat daripada abang sulung yang pergi ke New Zealand. Siapa yang ada, siapa yang sudah tiada (meninggal dunia).

“Kami tidak tahu anak yang mana satu (meninggal

dunia),” katanya.

Menurutnya, arwah Dr Rumihati dikurniaka­n tiga anak perempuan dengan yang sulung berusia 15 tahun, yang kedua 13 tahun dan yang bongsu 11 tahun.

“Anak sulungnya baru menduduki ujian Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3), anak nombor dua baru di tingkatan satu dan bongsu di tahun lima.

“Ketiga-tiganya perempuan termasuk seorang yang bernama Aleeyah,” katanya.

 ??  ?? KAKAK kepada Dr Rumihati dari kiri, Tijah, Taisah, Zaiton dan Jaidah tidak dapat menahan sebak ketika menatap gambar keluarga.
KAKAK kepada Dr Rumihati dari kiri, Tijah, Taisah, Zaiton dan Jaidah tidak dapat menahan sebak ketika menatap gambar keluarga.
 ??  ?? ZAITON
ZAITON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia