Harian Metro

VERSI BAHASA ARAB PULA...

Polis kenal pasti lokasi kejadian nyanyian lagu Negaraku yang tular

- Oleh Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

Belum reda isu nyanyian lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin kini tersebar pula tiga klip video memaparkan lagu kebangsaan itu dinyanyika­n dalam versi bahasa Arab.

Tiga klip video itu masing-masing berdurasi satu minit dua saat hingga satu minit 28 saat itu dipercayai berlaku di dalam negara dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalath­rash Wahid berkata, polis sedang mengenal pasti lokasi kejadian nyanyian lagu Negaraku dalam bahasa

Arab yang tular itu dirakamkan.

Katanya, siasatan dibuat berikutan lagu Negaraku diwartakan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan ia tidak boleh diubah.

“Buat masa ini polis masih belum dapat memastikan di mana kejadian itu dirakamkan dan siasatan dibuat mengikut Akta Lagu

Kebangsaan 1968.

“Siasatan itu juga bagi mengenal pasti apa tujuan lagu Negaraku dinyanyika­n dalam bahasa lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, dua klip video memaparkan lagu Negaraku dinyanyika­n sekumpulan pelajar dalam kelas dipercayai sekolah agama manakala satu lagi sekolah rendah.

Satu lagi klip video yang tular pula dipercayai dirakamkan dalam kelas agama dihadiri sekumpulan individu dewasa.

Sementara itu, mengulas siasatan terhadap lagu Negaraku versi Mandarin, beliau berkata, pihak polis sudah pun merakamkan percakapan pengurusan sekolah di Seremban terbabit.

“Polis akan berjumpa semula pengurusan sekolah itu bagi mendapatka­n maklumat lanjut sebelum kertas siasatan dilengkapk­an,” katanya.

 ??  ?? PETIKAN video murid sekolah rendah nyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Arab.
PETIKAN video murid sekolah rendah nyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Arab.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia