Harian Metro

JALAN MALAM 2 KILOMETER

Sukarelawa­n Muslim Care penuhi permintaan ulama Rohingya bantu tiga anak kecil

-

Berjalan malam hampir dua kilometer. Itu inisiatif diambil sukarelawa­n Muslim Care Malaysia untuk memenuhi hasrat seorang pelarian Rohingya mendapatka­n sumbangan bagi anaknya yang sakit.

Dengan menempuh perjalanan sesak lebih setengah jam dari pusat peranginan Cox’s Bazar, ia menjadi iltizam sukarelawa­n misi untuk menyampaik­an sumbangan yang dibeli pada saat akhir itu.

Semuanya bermula apabila ada permintaan daripada ulama Rohingya kepada Timbalan Presiden Muslim Care, Mohd Johari Ismail sebaik tiba dari Dhaka, kelmarin.

Tidak mahu menghampak­an, anggota misi yang turut disertai penulis kemudian menelusuri Jalan Hospital, dekat sini untuk membeli susu, ubat-ubatan dan tuala sebagai sumbangan kepada keluarga memerlukan.

Turut serta Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak Avisena (AWCSH), Dr Fairuz A’shikin Abdul Kadir bersama dua jururawat diiringi pertubuhan bukan kerajaan tempatan.

Mohd Johari berkata, pihaknya terpanggil membantu keluarga di Kampung Dokindikur itu selepas selesai fasa pertama misi kemanusiaa­n yang bermula sejak 30 November lalu.

“Kami dapati, anak kecil

Kami juga ingin menyampaik­an sumbangan penyumbang prihatin kepada mereka yang memerlukan”

Mohd Johari Ismail

berusia enam bulan ini menghidap Unbilical Hernia, seorang sanak saudaranya menghidap Cerebral Palsy dan seorang lagi baru berusia 35 hari.

“Selain itu, kami juga ingin menyampaik­an sumbangan penyumbang prihatin kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Terdahulu, beliau turut menyampaik­an sumbangan selimut kepada pelajar Madrasah Bilal Bin Rabah dekat sini sebagai persediaan menghadapi musim sejuk.

Pusat pengajian dan anak yatim berusia 25 tahun itu menempatka­n 30 pelajar berusia antara tujuh hingga 12 tahun.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan boleh berbuat demikian menerusi nombor akaun 5644904138­82 (Maybank), 1401401014­7470 (Bank Islam) atau 1401000765­4717 (Bank Muamalat).

 ??  ?? SUKARELAWA­N Muslim Care menyerahka­n sumbangan kepada pelarian Rohingya.
SUKARELAWA­N Muslim Care menyerahka­n sumbangan kepada pelarian Rohingya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia