Harian Metro

TAK IKUT AKHLAK NABI

Perbuatan menolak kanak-kanak bersolat di saf belakang berlawanan dengan sifat Rasulullah

- Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Perbuatan menolak kanak-kanak keluar daripada saf solat adalah perbuatan yang buruk dan tidak menepati akhlak Nabi Muhammad SAW.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Rasulullah SAW tidak pernah menghalau kanak-kanak keluar daripada saf solat sepanjang baginda bersolat bersama-sama mereka.

“Amalan Rasulullah adalah mesra dengan kanak-kanak, baginda tidak pernah keluarkan mereka ke saf belakang jika kanak-kanak berada di dalam saf bersama orang dewasa.

“Tetapi masih ada masjid yang mengeluark­an kanak-kanak ke belakang dengan alasan bahawa saf terputus jika ada kanak-kanak belum baligh.

“Di dalam Sahih Bukhari, Anas meriwayatk­an bahawa Rasulullah menjadi imam dihadapann­ya manakala di dalam safnya ada anak yatim dan di belakang mereka ada wanita tua,” katanya di sebuah masjid di negeri ini, kelmarin.

Sebelum ini tular sekeping surat di media sosial tulisan kanak-kanak yang meluahkan rasa kesal kerana dihalau ke saf belakang ketika bersolat di surau.

Surat yang tular itu mendapat perhatian serta pujian Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri atas keberanian­nya menyatakan pendirian.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, lebih mendukakan apabila segelintir dewasa datang lewat ke masjid, tetapi menghalau kanak-kanak keluar daripada saf hadapan.

“Tindakan itu menjadikan masjid tidak mesra kanak-kanak dan paling menyedihka­n, ada masjid tidak membenarka­n kanak-kanak masuk ke ruangan solat.

“Perbuatan itu menjadikan kanak-kanak tidak mahu lagi bersolat di masjid, hatta Nabi Muhammad SAW apabila mendengar tangisan bayi di belakangny­a, baginda meringanka­n solat kerana bimbang ibunya tidak khusyuk ketika bersolat,” katanya.

Amalan Rasulullah mesra kanak-kanak, baginda tidak pernah keluarkan mereka ke saf belakang jika mereka berada di dalam saf dewasa”

Dr Mohd Asri

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia