Harian Metro

Bot berpusing dipukul ombak besar

-

JBPM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Persatuan Nelayan Kawasan Dungun melancarka­n SAR mangsa.

Katanya, jarak lokasi kejadian bot karam dengan pantai dianggarka­n sekitar 300 meter dan anggota SAR melakukan pencarian mangsa di sekitar tempat kejadian.

“Kami turut memeriksa di dalam bot, namun belum menemui mangsa. Keadaan ombak besar dengan arus yang kuat menyebabka­n kami terpaksa menggunaka­n bot lebih besar untuk SAR,” katanya.

Dungun: “Selepas 15 minit perjalanan, ombak besar tiba-tiba membadai menyebabka­n bot berpusing sebelum saya mengambil keputusan pulang semula ke pangkalan,” kata Mohamad Ekhsan Kamaruddin, 32.

Lelaki itu adalah rakan kepada nelayan Afandi Zakaria, 42, yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki dipukul ombak di muara Kuala Dungun, di sini, semalam.

Ketika menceritak­an tragedi malang itu, Mohamad Ekhsan yang juga tekong bot berkata, dia bersama Afandi dan Mohd Fadhil Jusoh, 39, keluar ke laut jam 7.15 pagi selepas mendapati keadaan ombak baik.

Namun, nasib tidak menyebelah­i mereka apabila bot dinaiki dipukul ombak besar selepas 15 minit berlepas dari pangkalan.

“Ketika memusingka­n bot untuk kembali ke pangkalan, bot kami dipukul ombak besar menyebabka­n kami bertiga tercampak ke dalam laut.

“Kami berjaya berenang dan berpaut pada bot, tetapi terpisah akibat ombak besar. Saya dan Mohd Fadhil berada tidak jauh, manakala Afandi terpisah dalam jarak kira-kira 50 meter lalu kami memintanya berenang menghampir­i kami,” katanya.

Menurutnya, dia dan Mohd Fadhil melawan ombak untuk berenang ke tepi pantai dengan dengan berpaut pada tong minyak.

 ??  ?? KETUA Polis Daerah Dungun, Superinten­dan Baharudin Abdullah (kiri) berbincang dengan anggota Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam APM mengenai operasi mencari dan menyelamat Afandi (gambar kecil).
KETUA Polis Daerah Dungun, Superinten­dan Baharudin Abdullah (kiri) berbincang dengan anggota Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam APM mengenai operasi mencari dan menyelamat Afandi (gambar kecil).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia