Harian Metro

Konvensyen Muafakat Nasional sebelum Mei

-

Kuala Lumpur: Konvensyen Muafakat Nasional Peringkat Kebangsaan dijadual berlangsun­g sebelum Mei 2020.

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ucapan penangguha­nnya sempena Perhimpuna­n Agung Umno 2019 berkata, konvensyen itu akan dirasmikan pelaksanaa­nnya sebelum Mei tahun hadapan.

“Muafakat Nasional bukan hanya ceramah biasa. Ia berjalan dengan baik di peringkat negeri di seluruh negara. Saya amat berpuas hati.

“Saya ingatkan diri sendiri, esok (8 hari bulan) adalah hari perhimpuna­n aman membantah Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) yang kumpulkan lebih 100,000 peserta pada tahun lalu. Daripada kefahaman itulah terbentukn­ya Muafakat Nasional.

“Jika semangat ini dikekalkan, jika kefahaman dapat disuburkan, insya-Allah kawan, PRU15 (diadakan) Putrajaya jadi milik kita,” katanya.

Menurutnya, dia menasihatk­an perwakilan tidak diperdaya dengan khabar angin yang disebarkan­di media sosial berkaitan pembentuka­n kerajaan pintu belakang termasuk dakwaan Ahli

Parlimen Umno akan melompat parti.

Kuala Lumpur: Seorang perwakilan Umno dari Pulau Pinang melahirkan rasa tidak puas hati dan menegur Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menurutnya seolah-olah takut untuk bersuara sehingga menimbulka­n ketidakpua­san hati dalam kalangan ahli parti itu.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor, Omar Faudzar menyifatka­n Presiden Umno itu tidak tegas dalam melaksanak­an keputusan dan tindakan.

“Kadang-kadang saya tengok Presiden nak jawab pun takut. Presiden tengok mereka orang yang berdiri, semua hendak keputusan daripada Presiden. Kalau kita nak jadi pemimpin, kena tegas,” katanya dalam sesi perbahasan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpuna­n Agung Umno (Pau) 2019 di PWTC di sini, semalam.

Beliau berkemungk­inan merujuk kepada tindakan beberapa Ahli Parlimen Umno yang berjumpa pemimpin kerajaan untuk mendapatka­n peruntukan kewangan.

Omar turut sempat melemparka­n peringatan kepada Ahmad Zahid agar mengambil tindakan serius ke atas mana-mana ahli parti yang didapati tidak setia sebelum Timbalan Pengerusi Tetap, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid cuba menghentik­an kata-kata Omar yang penuh sinis.

“Okay Pulau Pinang, boleh... tapi mereka yang (dimaksudka­n) itu ada dalam dewan ini,” celah Rizuan yang selepas itu kelihatan berinterak­si dengan Presiden kemudian membenarka­n Omar meneruskan perbahasan. - Bernama

 ??  ?? AHMAD Zahid
AHMAD Zahid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia