Harian Metro

SYUKUR TERPILIH

52 keluarga kurang berkemampu­an terima bantuan

- Oleh Amir Abd Hamid amir_hamid@mediaprima.com.my

Menghidapi pelbagai penyakit termasuk diabetes, buah pinggang dan jantung hingga dia terpaksa menggunaka­n kerusi roda sejak tiga tahun lalu.

Malah, keadaan itu menyebabka­n Megat Johari Megat Latiff, 52, tidak mampu lagi bekerja menyara isteri Mariam Kassim, 46, dan anaknya.

Dia bersyukur apabila terpilih antara 52 keluarga penerima bantuan Yayasan British American Tobacco (Malaysia) Berhad (Yayasan BAT Malaysia) dan Yayasan MyKasih dalam majlis perkongsia­n strategik antara dua badan amal itu bagi membantu orang susah.

“Bantuan diterima ini dapat meringanka­n beban saya sekeluarga terutama selepas saya tidak mampu lagi bekerja mencari rezeki. Akibat diabetes, penglihata­n saya ketika ini juga semakin terhad.

“Isteri yang bekerja sambilan di kedai makan dengan gaji RM900 sebulan terpaksa mengambil alih tugas saya mencari rezeki,” katanya yang mempunyai tiga anak iaitu Puteri Nurul Najihah, 16, Puteri Najian Nazirah, 15, dan Megat

Naim Najmuddin, 11.

Beliau yang menetap di Sungai Ramal Dalam, dekat sini, ditemui Harian Metro selepas majlis berkenaan yang turut dihadiri Pengerusi BAT Malaysia Tan Sri Aseh Che Mat dan Timbalan Pengerusi Yayasan MyKasih Jeffrey Gerard Perera.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong Wong Siew Ki dan Pengarah Urusan BAT Malaysia, Erik Stoel.

Sementara itu, Aseh dalam ucapannya berkata, program berkenaan sebagai memenuhi tanggungja­wab sosial korporat (CSR) terhadap orang yang memerlukan tanpa batasan agama dan kaum menerusi platform BAT Malaysia Penglibata­n Sosial, Pemberdaya­an dan Pembanguna­n, yang juga dikenali sebagai BATM SEED.

“Setiap keluarga yang menerima bantuan ini dipilih berdasarka­n keperluan mereka. Kami berharap koloborasi terjalin bersama MyKasih akan berpanjang­an untuk tahun seterusnya.

“BATM juga sedia menjadi sukarelawa­n dengan sasaran memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Dalam majlis yang diadakan di Pasar Besar Econsave, di sini, semalam, 52 keluarga penerima bantuan itu turut diberikan wang bernilai RM120 bagi membeli barangan keperluan di pasar raya berkenaan selain bantuan bulanan bermula November tahun ini hingga November tahun depan berjumlah keseluruha­n RM50,000.

 ??  ?? MEGAT Johari bersama Mariam dan anak mereka, Megat Naim Najmuddin.
MEGAT Johari bersama Mariam dan anak mereka, Megat Naim Najmuddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia