Harian Metro

USAH GUGAT KEHARMONIA­N

Yang di-Pertuan Agong selar sikap rakyat sebar fitnah, berita palsu jejas perpaduan negara

-

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam menitahkan supaya rakyat Malaysia bertanggun­gjawab dalam penggunaan teknologi moden dan komunikasi alam maya.

Seri Paduka bertitah, kemajuan teknologi dan komunikasi tidak disalah guna dalam perkara yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonia­n negara.

“Perbuatan menyebar fitnah, berita palsu dan kenyataan yang boleh menggugat keharmonia­n serta perpaduan negara adalah perbuatan terkutuk yang tidak bertanggun­gjawab.

“Saya menyeru sekalian rakyat lebih bertanggun­gjawab dan menghargai keharmonia­n negara. Teknologi moden sewajarnya dijadikan alat untuk kesejahter­aan rakyat dan mencipta kejayaan, bukannya merosakkan negara,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Majlis Konvokesye­n ke-6 DRB-Hicom University of Automotive Malaysia di sini, yang membabitka­n 686 graduan yang menerima ijazah sarjana, sarjana muda, diploma dan sijil.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar, Naib Canselor DRB-Hicom University of Automotive Malaysia, Datuk Prof Dr Omar Osman, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddi­n Ishak dan Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan.

Mengenai kemajuan teknologi moden dan komunikasi alam maya, Al-Sultan Abdullah bertitah, institusi pengajian tinggi perlu melakukan pelbagai transforma­si agar dapat menyediaka­n graduan menghadapi­nya.

Baginda bertitah, kehadiran teknologi membawa revolusi perindustr­ian keempat yang memberi impak kepada kehidupan dan landskap dunia masa hadapan yang mana teknologi dan sistem maklumat akan menggantik­an manusia dalam pekerjaan.

“Institusi pengajian tinggi hendaklah menawarkan kursus pelbagai disiplin yang menjurus kepada teknologi dan menerapkan kemahiran inter-personal, komunikasi, kerja berpasukan dan kepemimpin­an,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah yang juga Canselor universiti itu menyentuh mengenai kata semangat yang tertera pada dinding dewan itu dan menarik perhatian baginda kerana disifatkan sebagai pesanan yang baik.

Pesanan itu mengingatk­an seseorang tidak berputus asa walaupun berdepan kegagalan sebanyak 100 kali kerana ia bermaksud wujud 100 kali peluang untuk mencuba dan inovasi dapat membawa kejayaan masa depan.

“Saya harap ini menjadi pedoman anak muda supaya tidak takut dengan kegagalan...sebaliknya lihat ia sebagai peluang untuk berjaya dengan lebih baik daripada yang kita ada sekarang,” titahnya.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirka­n tahniah kepada graduan dan ibu bapa serta pengurusan universiti yang menyaksika­n 18 graduan kumpulan pertama program Ijazah Sarjana menerima skrol mereka. – Bernama

686 graduan terima ijazah sarjana, sarjana muda, diploma dan sijil

 ??  ??
 ??  ?? AL-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin merasmikan Majlis Konvokesye­n Ke-6 DRB Hicom University Of Automotive di Pekan.
AL-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin merasmikan Majlis Konvokesye­n Ke-6 DRB Hicom University Of Automotive di Pekan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia