Harian Metro

Tahap mukalaf anak autisme

-

Diangkat pena daripada tiga golongan. Orang yang tidur sehingga dia bangun, daripada bayi sehingga dia remaja (baligh) dan daripada orang yang cacat mental sehingga dia berakal”

Apakah tahap mukalaf seorang anak yang mengalami masalah sindrom Down atau autisme?

Contohnya, saya ada seorang anak autisme berusia 14 tahun.

Saya sudah sedaya upaya mendisipli­nkannya supaya dia dapat sedikit sebanyak menunaikan ibadat solat.

Namun, galakan dan didikan saya masih belum berjaya.

Ada kalanya saya tidak berkesempa­tan atau sengaja membiarkan dia tidak bersolat.

Adakah saya akan dipertangg­ungjawabka­n di hadapan Allah kelak?

Hadis Riwayat at-Tirmizi dan Ahmad

Zaini

Kuala Kubu Bharu

Kanak-kanak yang menghadapi sindrom Down atau autisme boleh dibahagika­n kepada beberapa peringkat. Pembahagia­n kelas itu tertakluk kepada kajian dan ulasan doktor pakar.

Tahap kecerdikan kewarasan akal itulah yang menentukan kewajipan yang dibebani ke atas mereka.

Daripada Ali bin Abi Thalib RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Diangkat pena daripada tiga golongan. Orang yang tidur sehingga dia bangun, daripada bayi sehingga dia remaja (baligh) dan daripada orang yang cacat mental sehingga dia berakal.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi dan Ahmad)

Oleh itu, pasakit itu hendaklah dilatih untuk beribadat dan menguruska­n emosi dirinya.

Di samping itu, kerajaan dan penjaganya pula hendaklah prihatin dalam memastikan hak dan kaedah penjagaan kanak-kanak seperti itu.

Semoga mereka yang memelihara anak seperti itu dapat bersabar dan mengharapk­an belas kasihan dan limpahan rahmat daripada Allah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia