Harian Metro

Bermalam di rumah famili teman lelaki

-

Saya seorang wanita yang baru tamat pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).

Saya ingin mendapat pandangan ustaz, apakah ia sesuatu yang bertentang­an dengan Islam seandainya saya kerap pergi bermalam ke rumah keluarga teman lelaki saya?

Kami memang ada perancanga­n untuk bertunang.

Bagaimanap­un, teman lelaki saya sekarang bergelut untuk mendapatka­n pekerjaan, keluargany­a meminta dia supaya bekerja terlebih dahulu.

Disebabkan

kerap

kali pergi ke rumahnya, hubungan saya dan adik-beradiknya juga semakin rapat.

Cuma bagi saya, apabila sudah terlalu rapat, dibimbangi apabila menuju ke alam perkahwina­n kelak sudah tiada lagi kemanisann­ya.

Eina Ampang

Hubungan lelaki dan wanita yang bukan mahram mempunyai batasan yang perlu dijaga.

Dalam hal itu seakan-akan bercampur sesuatu yang dibolehkan dan sesuatu perkara yang mendedahka­n diri kepada perbuatan yang menghampir­i maksiat.

Islam tidak menghalang apabila lelaki dan wanita berkenalan untuk tujuan berumahtan­gga.

Tetapi perbuatan bermalam di rumah yang ada lelaki bukan mahram adalah perbuatan yang menghampir­i zina.

Ini kerana peluang tinggal serumah akan menyebabka­n hampir kepada maksiat.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampir­i zina, sesungguhn­ya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Surah al-Isra’, ayat 32)

Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatka­nnya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangk­an dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarka­n semua itu atau mendustaka­nnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia