Pantau cubaan hidupkan komunis

Harian Metro - - Lokal -

Serdang: Kor Risik Diraja (KKD) memantau sebarang isu yang memberi ancaman kepada keselamata­n negara termasuk cubaan menghidupk­an semula anasir komunis.

Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) Leftenan Jeneral Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan berkata, ancaman dalam negara dikendalik­an polis, namun anggota KKD turut bekerjasam­a memantau isu berkaitan.

Menurutnya, anggotanya memantau perkara itu setiap hari dalam apa saja isu yang mampu memberi ancaman pada negara.

“Buat masa ini, ia terkawal dan kita meminta masyarakat menyerahka­n kepada pihak berkuasa untuk menjalanka­n siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kita harap tiada elemen luar yang mensensasi­kan lagi isu ini yang secara langsung menaikkan kemarahan rakyat,” katanya mengulas beberapa insiden berkaitan Parti Kominis Malaya (PKM), baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.