Harian Metro

3 DISEBUT GANTI LOFA

CIK PANG

-

Selepas pelakon dan pengacara cantik,

Neelofa mengumumka­n pengundura­n dirinya daripada mengacarak­an program MeleTOP, pasti ramai tertanya siapakah penggantin­ya.

Walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi daripada Astro sendiri, ramai sudah mula berteka-teki mengenai pengganti Neelofa.

Cik Pang difahamkan ada tiga nama yang menjadi sebutan mereka ialah Siti Nordiana, Jihan Muse dan Mira Filzah.

Kalau melihat ketigatiga nama ini pastinya masing-masing cukup popular dan punya ramai kelompok peminat sendiri.

Cik Pang sendiri mengakui ketiga-tiga mereka ini punya aura dan kekuatan sendiri yang mampu menarik perhatian penonton untuk berada di kaca televisyen menyaksika­n program itu.

Jihan Muse pastinya sinonim dengan Nabil Ahmad kerana sudah sering digandingk­an dalam program Gegar Vaganza.

Begitu juga Siti Nordiana atau Nana dan Mira Filzah yang sudah beberapa kali mengacarak­an program berkenaan bersama Nabil.

Siapa pun pilihan Astro, Cik Pang harap tidak ada yang menyamakan gaya persembaha­n mereka dengan Neelofa.

Kepada Neelofa, Cik Pang ucapkan selamat maju jaya dengan apa juga kerjaya baharu yang bakal dilakukan nanti.

Sejak kebelakang­an ini pelbagai masalah melanda kehidupan pelakon cantik, Datin Diana Danielle. Tidak hanya mengenai dirinya malah masalah membabitka­n suaminya yang juga pelakon, Datuk Farid Kamil terpalit pada dirinya.

Jika dilihat masalah melanda bukanlah kecil dan bagi yang tidak mampu mengawal diri mungkin tidak boleh melakukan apa-apa kerja.

Tetapi Cik Pang tabik pada Diana, walau sebesar mana pun masalah, dia tetap melakukan kerja dan meneruskan kehidupan membesarka­n dua anaknya seperti biasa.

Dengarnya jika ada majlis pelancaran drama atau program, Diana akan datang memberikan kerjasama walaupun dia tahu ada ramai media di majlis berkenaan ingin mendapatka­n kenyataann­ya mengenai sesuatu masalah yang berlaku.

Wartawan pun masih tahu etika kerja dan jika Diana tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai isu yang diutarakan, kami akur dan tidak akan memaksa. Apa yang penting dia fokus dalam memberikan komitmen terhadap kerjanya waktu itu.

Jarang dapat kita lihat artis bersikap seperti Diana, biasanya apabila ada masalah timbul artis berkenaan akan tenggelam dan tidak dapat dikesan. Ibaratnya lari daripada masalah dan enggan berdepan dengan media.

Cik Pang harap kepada artis lain belajarlah lebih bertanggun­gjawab terhadap isu yang anda sendiri cipta. Kalau tak nak komen jawab saja ‘no komen’, kan senang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia