Harian Metro

HARUNGI HUTAN MUSIM TENGKUJUH

Uji kemahiran kemudi kecuraman, pendakian, seberangi paya tropika serta kolam berlumpur

- Oleh Rudy Fazrunisya­m Samarudin rudyfazrun­isyam@hmetro.com.my

‘Rainforest Challenge Grand Finale’ diadakan di Kelantan dari 29 November hingga esok adalah acara akhir daripada

‘RFC Global Series’ (RFCGS), sebuah litar perlumbaan laluan lasak di seluruh dunia yang merangkumi 25 negara dengan 45 acara.

Tahun ini, acara ini memberi tumpuan kepada aspek perlumbaan dengan sekurangku­rangnya 50 Peringkat

Khas (SS), satu rekod untuk perlumbaan pacuan empat roda.

Laluan itu membawa peserta merentasi Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan berakhir di Gua Musang, dengan karnival dua hari pada semalam dan hari ini.

Pengasas dan pencipta Rainforest Trophy, Luis JA Wee berkata, 450 peserta dari 25 negara mengambil bahagian pada pertanding­an itu yang mengharung­i hutan tropika padat di Malaysia ketika musim tengkujuh.

Katanya, peringkat perlumbaan dinamakan ‘Predator’, ‘Terminator’ dan ‘Zon Twillight’.

Ia termasuk mengatasi kecuraman dan pendakian, menyeberan­gi paya tropika selain mengemudi kolam berlumpur.

Katanya, kenderaan berhenti di stesen minyak Petron di Kota Bahru, Pasir Putih, Laloh dan Gua Musang untuk pengisian semula dan meneruskan perjalanan laluan balak yang sukar dan kasar.

“Tumpuan perlumbaan tahun ini menjadi sukar kerana pasukan akan cuba mengatasi 50SS.

“Hanya gabungan pemandu dan kenderaan terbaik, ditambah dengan pilihan minyak bahan api dan minyak enjin yang tepat akan mendorong pasukan untuk menamatkan perlumbaan,” katanya.

Menurut Luis, RFC Grand Finale yang dikuasakan Petron Turbo Diesel Euro 5 semestinya menjadi tumpuan peminat sukan kenderaan lasak tempatan dan antarabang­sa.

Dalam pada itu, wakil media turut diberi peluang menyertai aktiviti Pengembara­an Media Prestasi TriAction Advantage Petron yang memberi pengalaman eksklusif di RFC.

Pengembara­an kali ini mengumpulk­an 15 media menyaksika­n upacara pelepasan peserta di Hotel Grand Riverview Kota Bharu sebelum menyertai pusingan kelayakan RFC atau Peringkat Prolog di Bukit Panau, Pasir Mas.

Di sini, kenderaan peserta diisi dengan Petron Turbo Diesel Euro 5 di mana pemandu boleh menguji diri mereka dalam mengatasi alam dan menguji kehebatan pemanduan melalui cerunan bukit, rupa bumi tidak rata dan lumpur.

Kemahiran dalam pengendali­an kenderaan akan menentukan kelayakan mereka untuk pusingan seterusnya.

Sementara itu, Ketua Dagangan Runcit & Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata, ini adalah kerjasama keempat dengan RFC dalam memacu perlumbaan yang diiktiraf 10 teratas sukan kenderaan terlasak dunia.

Katanya, ia menekankan keupayaan Petron Turbo Diesel Euro 5 berteknolo­gi tinggi yang memberikan kuasa dan perlindung­an enjin yang terbaik serta lebih kilometer.

“Petron Turbo Diesel Euro 5 sudah lama terbukti dapat memberikan kuasa tertinggi dan kekuatan kepada kenderaan pacuan empat roda sejak pertama kali menaja RFC pada 2016.

“Ia direka khusus untuk meningkatk­an prestasi enjin, memastikan ekonomi yang lebih baik, dan memanjangk­an jangka hayat enjin,” katanya.

Menurutnya, dengan kandungan sulfur yang sangat rendah iaitu 10 bahagian persejuta, ia 50 kali lebih bersih daripada diesel Euro

2M, seterusnya membantu mengurangk­an pelepasan ekzos.

Petron adalah penaja diesel rasmi dan rakan kongsi minyak enjin untuk RFC 2019 Grand Finale di Malaysia.#vroomHM

 ?? FOTO: NIK ABDULLAH NIK OMAR DAN RAMBLER PAUL ?? 1. PESERTA berusaha
mengeluark­an kenderaan yang
tersangkut.
FOTO: NIK ABDULLAH NIK OMAR DAN RAMBLER PAUL 1. PESERTA berusaha mengeluark­an kenderaan yang tersangkut.
 ??  ?? 2. ANTARA cabaran sukar perlu diharungi.
3. PACUAN empat
roda terbalik di laluan sukar.
4. AKSI lasak meredah
sungai.
2. ANTARA cabaran sukar perlu diharungi. 3. PACUAN empat roda terbalik di laluan sukar. 4. AKSI lasak meredah sungai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia