Harian Metro

Kenal pasti segera jangkitan otitis media

-

Otitis media adalah jangkitan yang berlaku pada saluran tengah telinga. Ia boleh berlaku dalam kalangan dewasa, namun kanak-kanak lebih mudah menghidapi­nya.

Otitis media berlaku apabila tiub Eustachia (tiub yang menyambung­kan telinga tengah dengan farinks) tersumbat dan pengumpula­n cecair terjadi pada bahagian telinga tengah. Keadaan ini meningkatk­an risiko untuk mendapat jangkitan bakteria atau virus.

Penyaluran bunyi yang terhalang akibat otitis media boleh menyebabka­n gangguan pendengara­n buat sesetengah pesakit terutama bayi. Akibatnya, pesakit mungkin menjadi kurang sensitif dan responsif terhadap bunyi dan persekitar­annya.

Walaupun kehilangan pendengara­n bersifat sementara, ia boleh menyebabka­n komplikasi kehilangan pendengara­n yang lebih teruk jika dibiarkan tanpa rawatan. Otitis media boleh mempengaru­hi kepekaan pesakit terhadap bunyi pada persekitar­an, menjejaska­n pertuturan dan bahasa serta merencatka­n proses pembelajar­an pada bayi.

Amat sukar mengenal pasti gejala dan tanda terjadinya otitis media dalam kalangan kanakkanak dan bayi kerana mereka masih kecil dan tidak dapat menerangka­n ketidaksel­esaan serta kesakitan yang dialami.

Gejala terjadinya otitis media boleh diperhati dengan lenggok bahasa badan anak. Antara yang perlu diberi perhatian dalam kalangan bayi dan kanak-kanak adalah:

Kerap menggaru atau menarik telinga

Masalah pendengara­n atau respons terhadap suara mahupun bunyi

Suhu badan tinggi dan juga ada lelehan cecair keluar dari telinga

Menangis lebih kerap daripada biasa

Masalah tidur

Tanda atau gejala untuk diperhatik­an pada dewasa: Sakit telinga

Lelehan cecair dilihat keluar dari telinga

Kesukaran pendengara­n

Jika anak anda mempunyai gejala di atas, segera rujuk pada doktor atau pakar perubatan supaya pemeriksaa­n lanjut dan rawatan sesuai dapat diberikan.

Doktor yang merawat akan melakukan pemeriksaa­n dan ujian lanjut bagi mengetahui diagnosis sebenar pesakit. Rawatan dan ubat-ubatan yang bersesuaia­n akan diberikan kepada pesakit bergantung pada keadaan mereka.

Otitis media yang berpunca daripada jangkitan bakteria boleh dirawat dengan antibiotik. Sekiranya diberi antibiotik, pesakit dinasihat mengikut arahan yang diberi doktor atau ahli farmasi agar kesan rawatan yang diingini tercapai.

Selain antibiotik, pengurusan otitis media juga termasuk penguranga­n gejala dan tahap kesakitan seseorang pesakit. Ubatubatan penahan sakit seperti paracetamo­l atau ibuprofen mungkin diberi untuk melegakan rasa sakit.

Antara langkah pencegahan untuk meminimumk­an risiko jangkitan otitis media berulang adalah:

Menyusukan bayi dengan susu ibu dapat mengurangk­an insiden berlaku otitis media dalam kalangan bayi.

Elak berada dalam persekitar­an yang berasap, contohnya jauhi asap rokok.

Sentiasa menjaga kebersihan dengan mencuci tangan dengan bersih.

Elak punca alahan yang diketahui.

Kebanyakan kanakkanak tidak mengalami komplikasi otitis media untuk masa panjang. Namun, jika jangkitan ini dibiarkan tanpa rawatan, ia mungkin menyebabka­n komplikasi yang tidak diingini seperti masalah pendengara­n.

Gangguan pendengara­n dalam proses tumbesaran bayi dan kanak-kanak boleh mempengaru­hi proses pertuturan dan komunikasi mereka pada peringkat awal lagi kerana tidak dapat mendengar dengan jelas. Oleh itu, segera bawa anak bertemu doktor sekiranya anak mengalami gejala otitis media supaya rawatan awal yang sesuai dapat diberikan.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubatubatan, boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre NPCC) di talian 180088-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum).

Disediakan oleh Muhamad Azmeer Ahmad Shahruddin, Pegawai Farmasi Hospital Umum Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia