Harian Metro

Babi-monyet untuk tujuan perubatan

-

Beijing: Dua anak babi yang dikacukkan dengan DNA monyet yang dicipta saintis bagi kajian pemindahan organ ke tubuh manusia dilahirkan di makmal China.

Haiwan berkenaan hibrid monyet-babi pertama di dunia dan dilahirkan dengan sempurna selepas saintis berusaha memperseny­awakan lebih 4,000 embrio. Bagaimanap­un, kedua-duanya mati tidak sampai seminggu selepas dilahirkan.

Saintis belum mengenal pasti punca kematian dua anak babi berkenaan yang mengandung­i bahan genetik monyet Cynomolgus dalam jantung, hati, limpa, paru-paru dan kulit.

Menurut laporan Daily Mail, saintis berkata, penyelidik­an itu bertujuan mencari kaedah menumbuhka­n organ dalam haiwan untuk pemindahan ke tubuh manusia.

Haiwan kacukan atau kimera itu dicipta dengan menyuntik sel stem monyet ke dalam embrio babi berusia lima hari sebelum disenyawak­an dalam khinzir betina.

Saintis berkata, lapan anak babi biasa yang disuntik DNA monyet turut mati dan saintis berpendapa­t berlaku masalah ketika proses persenyawa­an in-vitro (IVF).

Bagaimanap­un, penyelidik­an itu menerima kritikan daripada segelintir saintis yang memberi amaran menghasilk­an haiwan kimera bertentang­an dengan etika.

Pada Julai lalu, saintis di China mencadangk­an untuk mencipta monyet yang mempunyai otak manusia bagi mengembang­kan penyelidik­an terhadap beberapa jenis penyakit seperti Alzheimer.

Satu embrio hibrid babi-manusia dicipta pada Januari 2017 di Institusi Salk, San Diego, namun mati 28 hari kemudian.

Penyelidik­an itu bertujuan mencari alternatif kepada derma organ manusia. - Agensi

Dicipta saintis bagi kajian pemindahan organ ke tubuh

manusia

 ??  ?? GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia