Harian Metro

‘TAHUN TERBAIK SAYA’

Hamilton gembira dalam dan luar litar

- AFP

Juara Formula Satu dunia enam kali Lewis Hamilton menganggap musim 2019 sebagai ‘terbaik’ sepanjang karier gemilangny­a dalam dan luar litar.

Pemandu Mercedes berusia 34 tahun itu menceritak­an mengenai musim hebatnya di Paris sebelum majlis anugerah FIA awal pagi semalam.

“Ia tahun terbaik boleh saya katakan sepanjang karier saya dan saya bangga dengan apa yang kami capai sebagai satu pasukan,” kata Hamilton yang kini hanya satu gelaran untuk menyamai rekod tujuh gelaran dunia dicipta Michael Schumacher.

Perlumbaan musim ini berakhir di Abu Dhabi Ahad lalu dengan Hamilton menang perlumbaan ke-11 kempen dan ke-84 sepanjang kariernya.

Walaupun bijak bersama jentera, katanya kehidupan di luar litar menjadikan musim 2019 lebih istimewa.

“Musim ini secara keseluruha­n hebat dan sukar saya lupakan.

“Lebih daripada itu di luar litar, semuanya amat menggembir­akan. Lebih gembira bekerjasam­a dengan pasukan, dalam aspek kerja dilakukan pasukan, pendapat saya diterima baik.”

Hamilton masih memiliki baki kontrak setahun bersama Mercedes sebelum boleh memutuskan sama ada menamatkan karier dengan pasukan Jerman itu atau mengambil cabaran baharu di Ferrari.

Pada majlis FIA, Hamilton menjulang trofi juara F1 ketika mendiang bekas bosnya Niki Lauda dipilih sebagai personalit­i tahunan.

Pelumba Austria Lauda, yang juga juara dunia tiga kali dan antara pelumba terbaik sepanjang zaman selain pengerusi bukan eksekutif Mercedes, meninggal dunia Mei lalu.

Anugerah itu diberikan hasil undian media menerusi pelbagai kejohanan Persekutua­n Automobil

Turut menerima pengiktira­fan mendiang pengarah perlumbaan Charlie Whiting, yang meninggal dunia sebelum perlumbaan pembuka tirai di Australia dan pelumba F2 dari Perancis, Anthoine Hubert yang maut ketika Grand Prix Belgium Julai lalu.

Antarabang­sa.

Musim ini secara

keseluruha­n hebat dan sukar saya lupakan

Lewis Hamilton

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia