Harian Metro

IMPIAN BESAR RODGERS

Pengendali Foxes bersemanga­t selepas ikat kontrak baharu

- Reuters

Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers menyatakan beliau mahu mengemudi kelab itu kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris selepas menyambung kontraknya bersama Foxes hingga Jun 2025.

Rodgers, yang meninggalk­an kelab Scotland, Celtic untuk mengendali­kan Leicester Februari lalu, mengubah nasib juara 2015-16 itu yang kini menghuni tangga kedua liga dengan rekod pertahanan terbaik, dibolosi hanya sembilan gol.

Pengendali dari Ireland Utara itu dikaitkan dengan kekosongan jawatan di Arsenal selepas mereka memecat Unai Emery minggu lalu dan mencetus kebimbanga­n apabila menyatakan ada “klausa pelepasan” dalam kontraknya. Beliau bagaimanap­un menegaskan keinginann­ya untuk terus bekerja di Leicester.

“Apabila saya membuat keputusan untuk hadir di Leicester City, ia kerana saya teruja mengenai hala tuju kelab dan bagaimana saya boleh menggunaka­n pengalaman saya ke arah melaksanak­an hala tuju itu,” katanya.

“Saya hadir di sini dengan tujuan untuk menokok sesuatu dan membantu kelab bagi masa depan.

Kami mahu terus meningkat

Brendan Rodgers

“Saya mendapat staf hebat yang sedia melaksanak­an peningkata­n dan kami mempunyai sekelompok pemain yang seronok bekerja setiap hari.”

Leicester menang 11 daripada 13 perlawanan terakhir mereka – termasuk tujuh aksi terakhir – untuk merampas kedudukan juara bertahan Manchester City dan berada lapan mata di belakang pendahulu Liverpool.

“Kami mahu terus meningkat,” kata Rodgers menjelang perlawanan malam ini menentang Aston Villa di gelanggang lawan.

 ??  ?? PEMAIN Leicester City, Jamie Vardy (kanan) menjaringk­an gol ketika bertemu Watford, minggu lalu.
PEMAIN Leicester City, Jamie Vardy (kanan) menjaringk­an gol ketika bertemu Watford, minggu lalu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia