Harian Metro

TEBUS HAMPA

Prem raih emas acara kumite bawah 55 kg

-

Kekalahan dua tahun lalu di Kuala Lumpur berjaya ditebus atlet karate negara, S Prem Kumar selepas meraih pingat emas dalam acara kumite bawah 55 kilogram di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, semalam.

Dalam aksi final yang dipenuhi puluhan penyokong tuan rumah itu, Prem Kumar mudah membenam cabaran Normanz Marz Montalvo dengan 6-1 yang menyaksika­n suasana WTC bertukar senyap selepas kemenangan Malaysia itu.

“Saya tewas di tempat sendiri (2017) tetapi saya ambil semula di Filipina. Saya tidak peduli pun dengan sokongan padu yang diberikan penonton kepada lawan saya kerana saya anggap mereka sebenarnya memberi sokongan kepada saya.

“Itu membuatkan saya bertambah yakin. Saya memang sudah bersedia sepenuhnya aspek mental dan fizikal untuk saingan kali ini,” katanya yang tewas kepada John Paul Bejar dalam aksi separuh akhir di Kuala Lumpur sekali gus sekadar meraih gangsa.

Dia yang pernah memenangi gangsa acara kumite bawah 60kg pada Sukan Asia 2018 di Jakarta mengakui mahu meneruskan legasinya dalam sukan tempur itu seperti atlet senior yang lain sebelum ini.

Untuk rekod, R Loganesha, R Puvaneswar­an dan P Ramasaniv adalah antara atlet karate paling berjaya dalam sejarah Sukan Sea.

Puvaneswar­an paling cemerlang apabila tiga kali memenangi emas di temasya dwitahunan itu bermula 2001 di Kuala Lumpur diikuti 2007 di Korat dan 2009 di Vientiane.

Loganesha menang pada edisi 2011 di Jakarta manakala Ramasaniv mengunggul­i saingan edisi 2005 di Manila.

“Saya perlu berterima kasih kepada mereka kerana

Saya bertambah

yakin. Saya memang sudah bersedia

S Prem Kumar

selepas mereka bersara barulah saya dapat peluang mengambil bahagian dalam acara ini. Mereka adalah senior yang hebat dan jaguh di Asia.

“Saya harap boleh mengikut jejak mereka dan saya mahu buktikan kemampuan saya,” katanya.

 ??  ?? PREM (kiri) menentang atlet karate Filipina, Norman Marz Montalvo dalam aksi, semalam.
PREM (kiri) menentang atlet karate Filipina, Norman Marz Montalvo dalam aksi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia