Harian Metro

Gandingan baru tuai hasil

-

Manila: Walaupun baru digandingk­an pada Jun lalu, pasangan negara, Jason Loo Jun Wei dan Nurul Hidayah Abdul Karim cemerlang memenangi pingat emas dalam sukan taekwando, di Kompleks Sukan Memorial Rizal, di sini, semalam.

Kedua-dua gandingan itu menamatkan acara poomsae di kedudukan pertama dalam kategori campuran dengan mengumpul 8.28 mata untuk mengatasi atlet Filipina, Rinna Babanto-Jacob Mella Dustin yang meraih 8.10 mata.

Pingat gangsa pula diraih pasangan Thailand, Pattarapon­g Sengmueang-Phenkanya Phaisankia­ttikun dengan 8.09 serta Indonesia Kadek Dwipayana-Defia Rosmaniar yang mengumpul 7.87 mata.

Menurut Hidayah, percaturan jurulatihn­ya yang menggandin­gkan dirinya dengan Jason Loo serta mengubah kategori daripada beregu wanita kepada campuran nyata membuahkan hasil selepas dia sebelum ini kempunan meraih pingat di Kuala Lumpur dua tahun lalu.

“Sebelum ini, ketika Sukan Sea Kuala Lumpur saya tak dapat pingat dalam acara beregu wanita. Tapi, untuk Sukan Sea Filipina ini, jurulatih mahu saya main dalam kategori campuran. Masa itu gandingan saya orang lain, tapi bulan Jun lalu jurulatih cuba saya dengan Jason Loo.

“Tak sangka kami berjaya sampai ke tahap ini dan ini adalah kemenangan pertama kami sebagai rakan segandinga­n,” kata atlet berusia 21 tahun dari Sarawak itu.

Bagi Jason Loo pula, ini adalah penampilan pertamanya di temasya dwitahunan itu dan mengakui sedikit gugup.

“Mula-mula agak gugup juga sebab saya tak ada pengalaman beraksi di Sukan Sea. Tapi, dengan kata-kata semangat dan tunjuk ajar Hidayah, saya dapat atasi rasa gugup itu,” kata Jason Loo yang berasal dari Kuala Lumpur.

 ??  ?? AKSI Hidayah (kanan) dan Jason Loo pada acara poomsae, semalam.
AKSI Hidayah (kanan) dan Jason Loo pada acara poomsae, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia