Harian Metro

MGF kecewa sikap berat sebelah penganjur

-

Manila: Persekutua­n Gimnastik Malaysia (MGF) melahirkan kekecewaan di atas pengadilan yang disifatkan berat sebelah dan penuh dengan penipuan terutama dalam acara gimrama yang berlangsun­g di Colosium Memorial Rizal, di sini, semalam.

Presiden MGF, Rachel Lau berkata, walaupun skuad negara berjaya menyapu empat pingat emas daripada lima acara gimrama yang dipertandi­ngkan kali ini, kemenangan atlet tuan rumah, Daniela Dela Pisa menerusi aparatus gegelung boleh dipertikai­kan ekoran beberapa kesilapan yang dilakukan atlet itu.

Malah, beliau turut mempersoal­kan keputusan awal juri yang hanya memberi Koi Sie Yan pingat emas dalam acara riben sedangkan pungutan matanya adalah sama dengan seorang lagi atlet negara, Izzah Amzan.

Begitupun, selepas bantahan dilakukan kontinjen negara, juri akhirnya memutuskan memberi dua pingat emas kepada Sie Yan dan Izzah.

“Saya rasa bangga dengan pencapaian atlet kita, tapi bagimanapu­n wujud beberapa unsur penipuan serta keputusan berat sebelah juri yang banyak memihak tuan rumah.

“Kami sudah menghantar bantahan kepada FIG (Persekutua­n Gimnastik Antarabang­sa) kerana ia adalah kes yang amat serius. Mungkin disebabkan kita adalah kuasa besar dalam sukan gimnastik ini, jadi mereka sengaja bersikap tidak adil kepada kita.

“Bagi saya biarlah atlet bertanding secara sihat atas semangat sukanan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Nada sama turut diluahkan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang kesal dengan sikap tidak adil tuan rumah.

Bagaimanap­un, Norza berharap barisan atlet supaya kekal fokus walaupun kemenangan pasukan cuba disabotaj oleh pihak tertentu.

“Tentu saja apa yang kita tengok hari ini (semalam) semacam kita merasakan bahawa satu pengadilan yang agak mencurigak­an.

“Namun, walau apa yang berlaku kita akan menyelesai­kannya cara berhemah. Saya ingin ucapkan tahniah kepada Rachel kerana melakukan pencapaian yang sangat baik.

“Pencapaian hari ini (semalam) akan mencetus satu kebangkita­n untuk kita memberi inspirasi kepada atlet lain supaya dalam apa saja keadaan, atlet kita tetap fokus dalam tanggungja­wab masing-masing,” kata Norza.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia