Harian Metro

CABAR SAMAN

Petronas beri pernyataan pembelaan tak perlu bayar cukai jualan

- Oleh Mohd Roji Kawi mdroji@bh.com.my

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mencabar saman yang dikemukaka­n oleh kerajaan Sarawak untuk menuntut cukai jualan terhadap produk petroleum daripada syarikat berkenaan.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Persekutua­n dan Pemantauan Projek), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, Petronas sudah memfailkan pernyataan pembelaan mereka, kelmarin.

Beliau berkata, Petronas diberi tempoh sehingga Isnin ini untuk memberi maklum balas terhadap writ saman yang difailkan kerajaan negeri di Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 21 November lalu.

“Petronas sudah memberi maklum balas dengan memfailkan pernyataan pembelaan mereka semalam (kelmarin) dan ini bermakna perkara itu akan dibawa ke mahkamah.

“Sekarang kita menunggu mahkamah menetapkan tarikh pengurusan tuntutan itu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Wacana Intelektua­l Daerah Bau di Dewan Suarah Bau, semalam.

Program anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep itu dihadiri lebih 100 peserta bagi membincang­kan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sharifah Hasidah berkata, beliau yakin Sarawak mampu memenangi saman itu berlandask­an kepada fakta yang terkandung dalam MA63 dan Perlembaga­an Persekutua­n.

“Memang Petronas dijangka mencabar saman itu dan kami sangat yakin boleh menang kerana cukai jualan adalah hak Sarawak mengikut MA63 dan Perlembaga­an Persekutua­n.

“Kami mengemukak­an saman itu hanya untuk menguat kuasa dan melaksanak­an hak yang termaktub di dalam Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya.

Katanya, Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998 jelas memberi hak kepada Sarawak untuk mengenakan cukai terhadap komoditi.

“Justeru itu, kerajaan negeri memutuskan mengenakan lima peratus cukai jualan negeri terhadap atas produk petroleum,” katanya tanpa menyatakan jumlah tuntutan terhadap Petronas itu.

Sarawak menguatkua­sakan cukai jualan lima peratus terhadap produk petroleum sejak 1 Januari lalu.

Petronas, satu-satunya syarikat yang menggali minyak di Sarawak yang belum membayar cukai itu, manakala tiga lagi iaitu Shell, Murphy Oil dan Pertamina sudah melunaskan­nya.

‘‘

Sekarang kita menunggu mahkamah menetapkan tarikh pengurusan tuntutan itu”

Sharifah Hasidah

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia