Harian Metro

TUGASAN PUPUK JIWA BERANI

- Oleh Recqueal Raimi am@hmetro.com.my

Tugas menangkap reptilia seperti ular bukan mudah kerana sekiranya tersilap langkah, padahnya memudaratk­an diri.

Walaupun bahaya, tugas itu tetap digalas IKON METRO, Kadtizah Jeffry, 28, yang berkhidmat bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tuaran.

Menurut Kadtizah, walaupun sudah lebih 100 kali terbabit dalam tugasan menangkap reptilia terbabit, dia tetap rasa berdebar setiap kali melakukann­ya.

“Saya mula bertugas dengan APM tiga tahun lalu. Kerja berpasukan dalam bidang ini cepat mengajar saya erti keberanian dan keyakinan diri.

“Usaha untuk buang rasa panik dan pastikan diri sentiasa tenang ketika mengesan serta menangkap ular,”

katanya.

Menurutnya, paling besar ditangkapn­ya adalah ular sawa sepanjang lima meter dan seberat 50 kilogram.

Ular paling bisa pula adalah tedung sepanjang tiga meter dan seberat 30 kilogram.

Menurut Kadtizah, dia tidak pernah mengeluh setiap kali memikul tanggungja­wab unit beruniform itu kerana meminati kerjaya mencabar selain mahu membantu masyarakat.

“Kami juga perlu kuat dari segi mental, fizikal dan rohani. Kami tidak saja terbabit menangkap reptilia berbisa atau menyelamat­kan haiwan malah bertugas menyertai misi ketika bencana.

“Walaupun berusaha bersungguh-sungguh, masih ada pihak yang memperleke­hkan kami. Namun ia bukan masalah kerana apa yang penting, kami sudah lakukan yang terbaik,” katanya.

Kadtizah yang juga anak sulung daripada tiga beradik bertekad meningkatk­an kualiti perkhidmat­an bagi menggalas cabaran dalam membantu masyarakat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia