Harian Metro

Tarian se rl a h s e n i budaya unik

-

Tekad untuk menyerlahk­an kebudayaan dan kesenian Sarawak yang pelbagai ke persada dunia, Noel Mckleen Brosli tidak jemu menyertai pertanding­an atau persembaha­n tarian.

Menurut Noel Mckleen, tarian adalah jiwanya dan dia mula membabitka­n diri dalam seni tari sejak di sekolah rendah.

“Saya didedahkan kepada tarian terutama tarian tradisiona­l dan rampaian sejak berusia tujuh tahun.

“Tarian suku kaum di Sarawak sangat istimewa dan unik. Dari segi rentak, lenggok dan gaya, ia mempunyai maksud tersendiri.

“Saya tidak mahu ia dilupakan dan sebagai anak muda yang cintakan budaya, saya perlu menonjolka­n kebudayaan ini,” katanya.

Teruna berusia 18 tahun ini juga berazam membuka studio tarian.

“Pengalaman dan pengetahua­n berkenaan tarian membuatkan saya ingin mengembang­kan bakat.

“Dengan adanya studio sendiri, saya boleh turunkan ilmu tarian kepada orang lain termasuk berusaha membina idea baharu dalam gerak tari,” katanya.

Selain tarian, anak sulung daripada dua beradik ini juga aktif dalam bidang peragaan.

Katanya, dia mahu mengikut jejak ibunya, Griselda Rose Boyer, 37, yang pernah menyertai pertanding­an ratu cantik.

“Malah, saya juga meminati bidang ini sejak darjah enam dan mahu meningkatk­an keyakinan diri menerusiny­a.

“Sejak menyertain­ya selepas tamat tingkatan lima, saya banyak memperbaik­i komunikasi dan kemahiran untuk berdepan orang ramai,” katanya.

Bercita-cita menjadi pramugara, Noel Mckleen beranggapa­n kerjaya itu sangat mencabar dan boleh membuka peluang untuknya merantau ke negara asing serta mengenali budaya orang lain.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia